Omelette Spinach Cantik Dan Menarik Pastinya Sedap!!

Omelette Spinach Cantik Dan Menarik Pastinya Sedap!!


ASSALAMUALAIKUM adik2 bloggers, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi yang sangat simple dan sedap, teruja tengok dalam satu majalah kat UK ni guna spinach dalam omelette so apa lagi benda yang senang2 macam ni mudah je nak ikut, jadi cepat2 kaknoor beli spinach untuk buat ni, telur memang dah ada je kat rumah ni, jom tengok resepi mudah lah sesangat, sesuai nak makan dengan apa pun nasi putih ke, nasi goreng ke ikut selera sendiri lah..



BAHAN NYA
2 biji telur
1 biji cili scotch bonnet di hiris kecil ( boleh ganti cili lain kalau takde )
1/2 biji bawang besar
1/2 cawan susu segar
6 biji cendawan butang hiris
baby spinach secukupnya
garam dan sedikit gula secukup rasa
minyak zaiton secukup nya


CARA NYA
1.  Pukul telur bersama susu segar, cendawan,campurkan garam dan sedikit gula, ketepikan.
2.  Hiris dadu kecil bawang besar dan scotch bonnet.
3.  Panaskan sedikit minyak zaiton dalam kuali tak melekat, tumislah bawang dan cili tadi sehingga layu.
4.  Masukan campuran telur dan susu, susunkan baby spinach di atas nya dan biarkan omelette masak.
5.  Gunakan api yang perlahan supaya tak hangus.
6. Dah masak letakkan dalam pinggan dan gulung lah dan potong, cantik nampak jalur2 hijau bayam tu.
7. Yang penting makan pun sodappp.



SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA YA
MAKAN DENGAN NASI GORENG MEMANG TERANGKAT NI.





2 comments:

  1. Menyelerakan kak noor...nmpk simple jea

    ReplyDelete
  2. sangat sedap dan berkhasiat cheqda boleh try nanti ya

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home