Pavlova Resepi Sayangkan Putih Telur Lebihan Raya..

Pavlova Resepi Sayangkan Putih Telur Lebihan Raya..


ASSALAMULAIKUM dan salam sejahtera untuk semua, dua tiga hari lepas yang agak sibuk dengan majlis nikah dan kawin jugak openhouse, tak mengizinkan kaknoor untuk meng update blog kesayangan ni, hari ni alhamdulillah setelah berpenat-penat menyediakan makanan untuk tetamu semalam, agak santai lah dan baru boleh letakkan resepi pavlova yang telah dibuat pagi semalam, sayangkan putih telur yang banyak lebihan hariraya dulu, idea nak buat pavlova jadi semakin kuat hahaa, kebetulan ada yang nak datang kerumah jadi sesuai lah sangatlah kan dengan pavlova yang cantik ni, dan memang laris pavlova semalam sehingga sebiji pun tak tertinggal haha..


Boleh sekodeng resepi kat sini pada yang berminat ya..




BAHAN NYA
4 biji putih telur
250 gm gula kastor
1 sudu teh cuka
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh vanilla
Whipping cream secukupnya
Buah strawberry, blueberry dan apa saja kegemaran


CARA NYA
1.  Pukul putih telur sehingga pekat, masukan gula sedikit demi sedikit.
2.  Pukul lagi sehingga menjadi meringue, bila di terbalikkan meringue tak tumpah.
3.  Satukan cuka, tepung jagung dan vanilla, masukan dalam adunan meringue kacau rata.
4.  Boleh jugak di pukul lagi sekejab supaya rata.
5.  Alaskan dulang dengan baking paper yang telah di lukis bulatan ikut besar yang di perlukan.
6.  Panaskan oven 130'C masukan adunan meringue dalam piping bag dan picit lah ikut kreativiti sendiri.
7.  Bakar lah sehingga masak lebihkurang 15 minit, yang penting mesti selalu cek oven supaya tak hangus.
8.  Putarkan whipping cream sehingga kembang dan pekat, picitkan diatas meringue yang telah masak dan hiaskan dengan buahan kegemaran.
9.  Sejukan didalam petiais atau boleh jugak di hidangkan terus.


OK lah selamat mencuba untuk semua nya, tak rugi tau membuat pavlova ni sebab menjadi kegemaran ramai, sampai tuan umah pun tak sempat nak makan, jadi kalau ada lebihan putih telur jangan tunggu lama-lama tau ..


4 comments:

  1. Terimakasih usaha blog yang sgt berguna dan bermakna

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Mak Wardah insya allah akan di teruskan selagi berdaya..

      Delete
    2. baguihh kak noor , tak membazir dan pasti laku gitu sbb ramai yg sukakan pavlova nih..

      Delete
    3. yalah kak nita, sayang kan dok lamaaaaaaaaaaaaaaa sangt dlm petiias tu lebih baik di guna kan makan manis2 bestttt

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home