Rainbow Cookies or Lidah Kucing Cookies Paling Laris

Rainbow Cookies or Lidah Kucing Cookies Paling Laris


ASSALAMUALAIKUM dan selamat tengahari untuk semua nya, masih beraya???
Nampaknya dah slow raya disini, dan sana sini ada yang dah start puasa 6 hari syawal, termasuk kaknoor baru isnya ALLAH 2 hari campur hari ni, sebab minggu depan ada agenda besar nak kena beres kan.

Ini sebenar nya order selepas hariraya, sebab ada yang datang beraya tak puas makan dirumah, jadi nak lagi makan banyak-banyak so sebab kesian walaupun baru raya ke3 dah start buat lidah kucing ni, semoga mereka yang order akan berpuas hati lah, sebenarnya tak susah kan bak buat lidah kucing ni, cuma yang amat penting oven nya tu kita kena faham, tak boleh terlalu panas dan lama membakar, nanti hangussssss, pernah kaknoor bakar sebab dok sibuk buat yang lain, satu tray hitemmmmmm legam..




Jom semak resepi yuk 





Biskut  Lidah Kucing Rainbow

Bahan
 250 gm Butter
175 gm gula Kastor
100 ml putih telur
200gm Tepung Gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu emplex (perangup biskut)

Warna : Unggu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan Merah





CARA


1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex dan ketepikan.

2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur sedikit demi sikit hingga 
    sebati.

3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi didalam adunan dan pukul sebati.

4. Bahagikan adunan  kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut warna rainbow

5. Masukkan kedalam piping bag yang telah di letakkan nozel no 8 

6. Panaskan Oven 150C dan bakarlah selama 15 minit atau sehingga masak dan ranggup.

7. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.




OK SELAMAT MENCUBA UNTUK YANG BELUM PERNAH BUAT
Memang sedap dan ranggup kalau mengadap tv memang tak sedap sebalang lenyap hahaha..


12 comments:

  1. anak sy makan 3 blng hbs rumah mak saudara sy...malu ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ziela, mmg sama kak umah akak ada budak2 yg dtg beraya terus angkat balang kuih duduk sensorang makan hahaa, mmg lidah kucing ni fav anak2 sbb kaler dia tu...

      Delete
  2. Assalam noor selamat hari raya..acik belum pernah buat ni noor..tak de acuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalam acik, saya tahun lepas buat acuan pinjam je, banyak sangat permintaan, tahun ni terus order acuan dan amik tempahan mmg berbaloiiii...

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Kak Noor. Kita memang nak buat biskut ni lepas tengok gambar kat blog Kak Noor long time ago. Tapi tak sempat nak buat untuk raya tahun ni. Too occupied dari awal hingga akhir puasa. Tapi kalau ada jodoh, nak buat jugalah. Tak kiralah raya ke tak raya... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hariraya jua utk mama, belum terlambat ni mohon ampun maaf di atas segala kesalahana akak ya jika ada lah hehee, kaknoor lepas raya pun mmg ada tempaahan jugak selepas orang makan sedap masa raya hahaha

      Delete
  4. Biskut paling laku thn ni...dah dekat nak raya pun ada lg org order kak...tp sy la yg x dan nak siapkannya...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kaknoor syifa smpai terpaksa tutup pintu depan belakang takut tak sempat nak buat lagipun mmg lambat buat ni kena ramai pembantu kan baru kerja semua cepat beres

      Delete
  5. Tengah hangat popular biskut ni kak noor.. kat ofis saya ada juga yg jual.. teringin nak buat sendiri tapi tak ada acuannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg fofular biskut ni kat brunei yatie, hatta masa tak raya pun diaorang mengorder jugak larat dgn tak larat saja nak buat semua tempaahan tu

      Delete
  6. saya belum pernah buat dan makan biskut ni kak noor..tapi memang teringin la nak merasa..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BB mesti kena try buat dan makan, mmg sedap sekali makan mmg nak dua tiga keping lagi dan lagi hahaha

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home