Salmon Baked Spaghetti Yang Delicious

Salmon Baked Spaghetti Yang Delicious



ASSALAMUALALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua.
Semoga semua nya sihat walafiat walau apa pun yang kita laku kan, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi yang jarang akak buat, biasa nya spaghetti blognise dan carbonara je yang diminta anak-anak utk mama nya buat, tapi kali ni anak yang di UK ni minta baked spaghetti lah pulak, tak susah pun rasa nya lagi senang dan sedap lagi dari spaghetti yang biasa tu, jom tengok resepi kaknoor, main hentam-hentam ikut tangan dan rasa je sebab kita yang nak makan kan..




BAHAN NYA
1/2 bungkus spaghetti rebus sehingga lembut dan tos kan
2 keping salmon didadu
1/2 cawan tomato puree
1/4 cawan sos cili
1 sudu cili kisar
1 biji bawang besar di dadu kecil
sedikit parsley hiris kecil
minyak zaiton secukupnya utk menumis
sedikit mozarella cheese

BAHAN PERAP SALMON
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk cili
sedikit parsley
garam & sedikit gula

CARA NYA
1.  Panaskan minyak zaiton dalam kuali, tumis bawang besar sehingga layu, masukan cili kisar.
2.  Gaul rata dan masak sehingga cili pecah minyak, masukan tomato puree dan salmon yang di perap.
3.  Tak perlu masak lama sebab salmon akan hancur.
4.  Gaulkan dengan spaghetti biar rata dan masukkan dalam bekas tahan panas dan taburkan mozarella dan parsley.
5.  Bakar dalam oven yang telah di panaskan 200'C selama 10 minit atau sehingga keperangan.
6.  Sedia untuk dihidangkan.



 ALHAMDULILLAH rasa nya sangat sedap dan sampai 2x tambah, cuba lah try mesti tak tahan rasa nya nak menghabiskan satu tray..



12 comments:

  1. salam kak nor, sedapnya spageti tu,,,dila suka makan ni,,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalm dila, mmg sedap dila berkali2 tambah akak makan heee mesti try tau

      Delete
  2. Salam kak nor. Wahh..ni memang nampak sedap ni hee ★★

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam najihah,nampk sedap dan insya allah sedapp

      Delete
  3. tengok gambar pun dah tau sedak kak noor..tapi acik memang tak pandai la nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik, sangat senang resepi ni cuba lah cuba lah buat sbb campur2 semua bahan dan bakar je senang kan

      Delete
  4. Sedap2...dah jdi tekak org sana ye kak...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan macam tu syifa sbb sayangkan spaghetti tak lama lagi nak cau dah so buatlah

      Delete
  5. Assalamualaikum knoor...sesekali mencuba sedap ni..nmpk pun dh tau sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam Umie, betul lama dah buat gini kdg2 kita ni kekeringan idea kan

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home