Sambal Goreng Udang Kering Scotch Bonnet Marbeles

Sambal Goreng Udang Kering Scotch Bonnet Marbeles




Bahan-bahannya
1 cawan udang kering
1 sudu air asam jawa
4-5 biji tomato ceri
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan mesin
15 biji cili kering kaknoor tambah 2 biji scotch bonnet kasi power
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara membuatnya
1.    Rendam udang kering lebihkurang 10 minit, di tumbuk kasar
2.    Panaskan kuali tumis lah bahan mesin sehingga wangi.
3.    Masukan udang kering, masak lah sehingga mendidih dan pecah minyak.
4.    Tambahkan dengan air asam jawa, tomato, garam dan gula.
5.  Masaklah sehingga betul-betul kering dan pecah minyak dapat simpan lama.

6.    Sedia untuk di hidangkan bersama nasi putih, nasi kuning atau nasi goreng.

Scotch bonnet tu jangan tambah banyak sangat nanti tak dapat nak makan pulak sambal tu sebab ianya antara cili yang terpedas dunia ni kang pengsan pulak lepas makan.



SELAMAT MENCUBA UNTUK ADINDA-ADINDA SEMUA
KEKANDA SEMUA RASA NYA  MEMANG DAH TERER KAN
JUGAK TAK LUPA UNTUK ANAKANDA YANG SUKA PEDAS
BOLEH LAH TRY NI BERBALOIII BUAT BANYAK-SIMPAN UTK STOK 
MASA TAK LALU NASIK, TAPI RASA NYA HARI-HARI PUN ASYIK TERLAJAK JE KAN KALAU MAKAN NASI HAHAHA...

12 comments:

  1. As-salam kak noor...sedap tuu. hidangan pemecah selera ni .....pedas sikit tak pa kita spare ayaq satu jug kat sebelah...

    ReplyDelete
  2. ahahahaa kaknita, betuii sngt tu ayaq sejuk jgn lupa bila makan sambai ni kaknita biar berpeluh2 baru kick

    ReplyDelete
  3. camner ghuper scotch bonnet tu kak noor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suzana, kalau ada fb add kak noor Nooriah Dan Naim akak tag kan gambar scotch bonnet tu

      Delete
  4. Scotch bonnet tu kat mana nak dpt kaknoor.. tengok mengancam sodap tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. scotch bonnet hnya ada di UK ni yatie, nanti akak tag kan ya

      Delete
  5. Assalamualaikum knoor..nampk pun dh menyelerakan...maunya bertambah-tambah nasi dipinggan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslaam Umie, mmg bertambah2 nasi selagi ada sambal ni tau

      Delete
  6. Assalam sis, semuga sihat sentiasa,

    sedapnya sambal, naknye kalau musim sejuk2 atau hujan bertambahlah selera...

    ReplyDelete
  7. waalikmuslam saridah, yalah sini cuaca dah mulai sejuk hari ni 11'c pakai setokin tebai dah ni dok dalam umah walaupun matahari memancar2 ikut tingkap

    ReplyDelete
  8. my mother loves scotch bonnets!! she would love this recipe!!

    ReplyDelete
  9. scotch bonnet tu kirim sikit ke serimaya sis.. hee

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home