Sambal Petai Udang Kering Busyuk Yang Mantop

Sambal Petai Udang Kering Busyuk Yang Mantop


ASSALAMUALAIKUM adik-adik bloggers, macamana hari ni dah masak ke belum?? kalau belum boleh lah try resepi sambal petai ni jom, memang sedap, cuma nya agak busyuk sikitlah kalau ada yang tak tahan tu sabo je ye, tapi orang muda memang tak gemo ni tapi kalau untuk orang veteren mesti tak nak lepas peluang kalau ada menu ni di gerai atau di mana-mana restoren kan...resepi kaknoor mudah je jom tengok!!




BAHAN NYA
1/2 cawan udang kering di rendam ditumbuk kasar
3 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah kisar
3 ulas bawang putih kisar
2 batang serai kisar
1 sudu besar air asam jawa
petai secukupnya
garam gula secukup rasa
minyak untuk menumis

CARA NYA
Panaskan kuali masukkan minyak dan tumis lah bahan kisar kecuali udang,  sehingga wangi, masukkan cilikering kacau sehingga pecah  minyak, tambahkan dengan air asam dan jika perlu tambah sedikit air.  Masukan udang kering dan masaklah sehingga pekat dan kering, tambahkan garam dan gula. Bila dah secukup rasa masukan petai, kacau sehingga sebati, dah boleh tutup api.

Petai tak perlu lama sangat masak hatta petai mentah pun boleh makan kan, lagipun warnanya dah tak hijau kalau terlalu lama di atas api.  Sedap dimakan dengan nasi panas atau nasi goreng wah!!!!! tak cukup sepinggan ni mesti bertambah..



SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA 
WALAUPUN BUSYUK TETAPPP JADI POOOJAAAN HATIKUUUU..


6 comments:

  1. walaupun busuk tapi sedap kak noor.. pembuka selera makan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap yatie, cuma sabar je toilet anda hahahaa

      Delete
  2. fuiyooo..mmg meletoppss sambal petai cenggini kaknoor! SHRMZB ye kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHRMZB jugak utk Puan doc Ina, meletop2 ni dua pinggan nasi confem hahaa

      Delete
  3. I have never eaten the petai bean , have seen it though, have a nice week end

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Nammi have a nice weekend to U too..:)

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home