Vegetarian Tortilla Pizza Crispy & Sedap

Vegetarian Tortilla Pizza Crispy & Sedap

 ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera semoga semua sihat walafiat hendaknya disamping apa jua tugasan kita, ini resepi tertunggak dan tertinggal dua tiga hari lepas,  memang sedap sangat ranggup krup krap krup krap boleh cuba pada yang sudi mencuba, pasti nya lebih best dari pizza hut sebab lebih ranggup crispy.





BAHAN YG DI PERLUKAN
2 keping roti tortilla
3 biji cendawan shitake segar di potong
sedikit potongan capsicum 
sedikit potongan bawang besar
baby spinach secukupnya
mozarella cheese untuk di tabur
cili sos utk di sapu pada tortilla
sedikit cili flakes
sedikit oregano flakes

MUDAH MENYEDIAKAN NYA
Sapukan dengan cili sos pada permukaan tortilla, gaulkan cendawan, capsicum, bawang dan spinach dgn minyak zaiton, taburkan mozarella cheese di atas tortilla, susun lah bahan gaul tadi di atas tortilla ikut kreativiti sendiri,  akhir sekali taburkan lagi sekali mozarella cheese, cili flakes dan oregano, boleh lah di panggang dalam oven selama 5-10 minit




Sesekali kita makan yang ringan - ringan macam ni tanpa daging tanpa ayam best jugak jadi vegetarian ni kan makan sayurrr je, tapi besttt  pada kaknoor lah sebiji pun boleh habis se orang.

2 comments:

  1. wah..sempoi kan kaknoor tp yg pasti conpom sodapp!!

    ReplyDelete
  2. conpom bin betuiii doc ina sedapppp dan ranggup heee

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home