Almond Snow Dah Bertukar Wajah

Almond Snow Dah Bertukar Wajah



ASSALAMUALAIKUM  dan salam sejahtera untuk semua nya, hari ni kak noor nak kongsikan resepi mudah yang lama dah rakan-rakan semua maklum kan, tapi kali ni kaknoor dapat sikit inspirasi untuk tukarkan ke bentuk macam kat bawah ni hahaa siap pegang almond lagi, tapi kalau nak bagi anak-anak makan mesti kena kreatif sikit kan biar bentuk yang anak-anak suka, kebetulan pulak ada yang menempah almond snow ni jadi dah ada sikit lebihan tepung boleh jadi akak terap je pakai bentuk tu, rasa nya kena buat lagi ni untuk cucunda yang akan menyambut birthday tak lama lagi ni..





Bahan A
200 gram butter
100 gram gula kastor
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen kopi
1 biji kuning telur

Bahan B
220 gram tepung gandum
70 gram tepung ubi
50 gram nestum dikisar
40 gram badam kisar
1 sudu besar susu tepung

Hiasan
coklat masakan dicairkan
white breadcrumb


Cara nya

  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
  6. Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.


Kalau ada lebihan tepung boleh terap je ikut kegemaran masing-masing janji cantik kan..




Walaupun dah lepas raya tapi ada jugak customer yang suka nak makan kueh raya kan,, layan je lah selagi badan sihat ni..



4 comments:

  1. alahai, comel sangat la biskut tu kak noor..saya pun nak jugakkk kakkkk!!!! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang teruja BB pertama kali buat ni cam cute je kan heee

      Delete
  2. he hehehe... comelnya almond snow kak Noyah.... terpikat saya kak! Siap peluk2 lagi kacang badamnya tu... kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah Amie, idea dtg masa kat Uk baru ni hehee balik terus tak nak tunggu lama2 nanti hilang idea hahaa

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home