Ayam Spices Kak Noor & Gudbye Bath Sampai Jumpa Lagi..

Ayam Spices Kak Noor & Gudbye Bath Sampai Jumpa Lagi..


ASSALAMUALAIKUM 
Berjumpa lagi di alam maya ni hari ni dengan resepi yang selalu kita buat di rumah, tapi setiap orang mesti ada cara tersendiri untuk menggoreng atau memanggang ayam kan, berikut ada lah cara kak noor untuk menggoreng ayam dengan menggunakan minyak yang sedikit, seeloknya guna lah kuali yang tak melekat supaya ayam kita cantik dan tak rosak kulit nya tu, atau boleh jugak  menggunakan pemanggang ajaib.



BAHAN NYA
3 ketul paha ayam untuk banyak sila double or triplekan bahan
1 sudu kecil madu
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
1 sudu kecil rosemary kering
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil air limau nipis
1 sudu besar  minyak

CARA NYA
Gaulkan semua bahan kecuali minyak dengan ayam dan perapkan selama 1 jam atau lebih, kemudian panaskan kuali masukan  minyak dan gorenglah sehingga masak dengan api yang kecil.  Kalau perlu tutup kuali untuk mempercepatkan proses masak, selalu terbalikkan untuk masak dikedua-dua belah paha ayam.

Sedap dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih atau di ratah begitu saja..




HARI NI LAST DAY di Bath ni esuk dah terbang balik Brunei, selama 18 jam perjalanan memang memenatkan, tak tau bila lagi nak update blog, sampai jumpa lagi, lepas ni maybe gambar2 di Heathrow lepas tu baru lah ada resepi kot..


6 comments:

  1. salam kakNoor,
    Ingatkan dok lama lagi kat Cardiff, boleh jugak kalau nak berjumpa 'cos I'll be going down south nak hantaq my daughter next week. Anyways, hope you had a great time kat sini. Have a safe journey back.
    xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam Muna, oh yeke takde rezeki nak jumpa lah tu, insya allah next time, thanks U jugak have a safe journey to cardiff nanti ya..sayang tkde rezeki nak jumpa

      Delete
    2. just realised... saya tersilap... ingatkan your daughter belajaq kat Cardiff, ghupanya kat Bath. My daughter will be studying in Exeter in Sept. Kalau kak Noor mai jalan kat sini lagi, habaq-la noo, mana-la tau kot-kot boleh plan nak jumpa.
      Anyways, glad to know kak Noor selamat sampai Brunei and selamat menyambut hari ulangtahun
      xoxo

      Delete
  2. Special gak bahan utk ayamnya tu kak....

    ReplyDelete
  3. erm, geramnya tengok ayam kak noor tu..menggiurkan..rasa nak ambik ja seketul..huhu

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home