Bubur Kacang Frozen Lebih Mantop & Menarik

Bubur Kacang Frozen Lebih Mantop & Menarik



Assalamualaikum dan salam hari minggu untuk semua, hari yang sangat sibuk hari ni, lepas melawat rakan malaysian yang akan balik for good setelah 26 tahun tinggal kat Brunei, sama-sama jauh dari keluarga hanya rakan-rakan senegeri yang jadi saudara, sedihlah pulak bila yang datang dah nak balik, kaknoor dah tak dapat balik huhu, tapi takpe lah jodoh dah ALLAH tentukan kena tinggal kat Brunei ni redho saja lah, mungkin ada hikmah dan suratan kena berjauhan dengan saudara mara, tapi zaman sekarang ni walau jauh dimana saja pun dapat berhubungkan, alhamdulillah takde masalah, rasa nya kalau berjauhan lebih rindu-rinduan kan betul tak??

Berbalik resepi hari ni kaknoor nak kongsikan resepi biasa yang jarang kita biasa kan buat macam ni, entah macamana idea datang nak sejukkan bubur kacang ni, so jadi lah macam ni cantik kan kak ton??..



BAHAN NYA
1 cawan kacang hijau di goreng bagi wangi sekejab kemudian rebus bersama daun pandan
1 tongkol jagung dihiris
2 cawan santan pekat
1 cawan gula putih atau 1 1/2 cawan gula merah
sedikit garam
sedikit sagu direndam dahulu

CARA NYA
1.  Rebus kacang hijau sehingga lembut masukan sedikit garam dan pandan.
2.  Campurkan gula dan jagung masak sehingga jagung empuk dan gula hancur.
3.  Tambahkan dengan santan pekat dan sagu, rebus lagi sehingga sebati dan secukup rasa.
4.  Bila sagu dah kembang dan berkilat boleh lah di angkat dan sejukkan.
5.  Boleh jugak dihidangkan masa panas, atau kalau mau lebih sedap makan waktu sejuk.
6.  Masukkan bubur dalam acuan agar-agar dan freez kan dalam 2 atau 3 jam baru dihidangkan.
7.  Bila dah sejuk bubur ni boleh di pegang dengan tangan je dan di gigit haha..sedapppp






BOLEH cuba pada yang nak rasa kelainan makan bubur kacang dengan tangan.
SELERA ditangan sendiri kita yang buat dia kan.
SELAMAT MENIKMATI 
FROZEN BUBUR KACANG.


8 comments:

  1. Salam kak Noor, very creative, I like the idea. Regards to Hj Naim. Naiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumsalm naiza, thanks ya nanti kaka sampai kan pada Hj thnks jua sudi singgah sini

      Delete
  2. Wahhhh... kelas bubur kacang akak ni. Boleh cuba jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah dan simple je kan cheqsu boleh try anytime

      Delete
  3. Heee... tak terfikir pun nak buat macam ini kak Noor. Kalau nak cairkan balik pun boleh juga ni just masukkan dalam periuk dan panaskan balik - pandailah Kak Noor:)

    ReplyDelete
  4. kita yg buat dia kakzakie nak sejuk bekukan lagi, nak cair panaskan balik kan lepas tu layannnsss

    ReplyDelete
  5. Tengok gambar mulanya saya ingatkan kuih bulan rupanya bubur kacang ya...

    Jangan sampai tergigit tangan....

    ReplyDelete
  6. Salam kak Noor...dulu2 kalau bubur kacang tak habis kita orang selalu buat macam aiskrim Malaysia tu. Makan macam aiskrim. Sejuk2 sedap!.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home