Butter Prawn Shiela Memang Menjadi

Butter Prawn Shiela Memang Menjadi



ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya, hari ni nak tayang menu yang memang lazattt dan cepat je hilang dari dalam pinggan tu kalau dihidangkan, tak tau lah kat umah orang lain kan, tapi kalau kat umah kaknoor memang paling lariss sangat, cuma nya kadang2 kita buat tak menjadi sangat floss tu,tapi kali ini akak ikut resepi dari SHIELA chef tersohor tu, boleh lah jadi sikit, kalau tak jadi pun bukan salah Shiela tapi salah kaknoor yg tak reti, resepi nya tu dah ok rasa nya, nanti nak buat lagi dan lagi bagi lebih panjang2 floss nya.

Jom jenguk resepi yuk!!




Butter Prawn

Floss
2 biji kuning telur
sesenduk butter/margerin
secawan minyak

Bahan –bahannya
12 ekor udang saiz besar dibersihkan
sedikit garam  
sedikit lada sulah
minyak untuk menggoreng

3 ulas bawang putih cincang
8 biji cilipadi dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
sedikit butter / margerin untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam/putih jika suka
sedikit garam

Cara memasaknya
1.  Pukul ringan telur, boleh gandakan kata Shiela nak lebih floss tu, tapi kaknoor pun takut tak jadi guna ikut sifu gak.
2.  Panaskan butter dan minyak, guna senduk bulat dan pusing2kan senduk tu laju2 buat bulatan.
3.  Baru tuangkan telur sedikit2 kalau boleh agak tinggi supaya jatuhnya halus, terus pusingkan senduk kita tu tau.
4.  Buat sampai  habis telur dan berwarna kekuningan boleh lah di toskan dan penapis santan ke atau apa2 penapis yg ada lah ya.
5.  Goreng udang yg telah digaul dgn lada sulah dan garam dengan minyak panas sehingga kekuningan dan angkat.
6.  Panaskan butter dan tumislah bawang putih, cilipadi dan daun kari sehingga wangi.
7.  Masukan susu cair dan masak sekejab dan masukkan udang dan gaul sebati.
8.  Masa nak hidangkan taburkan floss yang telah goreng awal tadi, sedappp di ratah atau dimakan dengan nasi putih.





Lepas masak kena terus ambik gambar kalau tak memang dah tak nampak bayang, udang tu memang kaknoor sengaja tak kasi masak lama sebab suka yg agak putih2 gitu lebih lembut lagi dah di buang segala kulit nya tu memang cepat masak.


10 comments:

  1. alhamdulillah Gee terlaris di pasaran hehee

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. sangat sedap idzwa mesti kena buat ni rugi besooo

      Delete
  3. Waduh...kecur air liur ni kak Noor...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess rahel lain kali beli udang yg beso lagi lagi sedappp

      Delete
  4. amboi menjala udang kaa arini maktok.. sedap aihh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takleh lawan lah dgn sifu sheila lagi kan lagi menjadi, menjala udang kecik ja shiela oiiiii

      Delete
  5. sedapnya..yang ni bb belum pernah try buat..nak kena cuba juga ni kan kak noor..atau terus datang umah kak noor ja la..boleh? hikhik..^_^

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home