Chocolate Chip Versi Cup

Chocolate Chip Versi Cup


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya.
HARI ni agak santai sikit dan boleh mengupdate blog, resepi dah lama masa raya puasa dulu tapi dek busy memanjang dan kadang terlepas pandang dok simpan, hari ni dok korek-korek album ternampak gambar ni jadi tulis lah sebab resepi ni memang setiap tahun akan di cari, ada yang pernah buat tak biskut choklat chip versi macam kak noor ni?? Kalau ada yang terpanggil nak buat jom tengok resepi ya, bahannya pun tak banyak dan berbaloiii sebab sedap dek kerana choklat dan tepung jagus tu marbeless..




BAHAN NYA
113 gm mentega
1/2 biji kuning telur
142 gm tepung top tepung gandum pun boleh kalau takde
85 gm tepung gajus
57 gm gula
sedikit vanilla
300 gm choklat masakan
Aluminium cup secukupnya

CARA NYA
1.  Mentega, gula dan vanilla di kacau rata, masukkan kuning telur dan gaul sebati.
2.  Tambahkan tepung jagus dan tepung top dan uli sehingga sebati.
3.  Ambik sedikit doh masukkan dalam cup agak-agak  1/2 dan tekan rata.
4.  Buatlah sehingga habis adunan dan bakar lah pada suhu 150'C selama15- 20 minit.
5.  Bila dah masak angkat dan sejukkan sekejab.
6.  Cairkan coklat kemudian curahkan didalam cup yang sudah masak tadi, hiaskan dgn manik.
7.  Terpulang kreativiti sendiri nak letak manik atau yang sewaktu dengan nya ya..

SELERA DI TANGAN MASING-MASING LAH YA
NAK LETAK ASALKAN SEDAP MATA MEMANDANG



Memang sedap dan lazat , kalau dah makan memang susah nak berenti, kalau tak langsai sepiring atau dua, kaknoor memang tak pernah miss kalau waktu hari raya, fav anak-anak dan seluruhnya.
hahaha...


3 comments:

  1. wah, senang ja pun cara buatnya kan kak noor..tapi paling senang kalau dapat minta dengan akak..heheh..^_^

    ReplyDelete
  2. hehehee BB lagi senang kaka suap kan tak payah susah2 kunyah je kan heehee

    ReplyDelete
  3. Puan noor, tep gajus tu serbuk gajus ke

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home