Churros Yang Ranggup & Sukar Dilepaskan..

Churros Yang Ranggup & Sukar Dilepaskan..


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera semua nya, semoga adik-adik kaknoor sihat walafiat hendaknya ya, hari ni kaknoor sangat busy dengan persedian tempahan nasi kerabu pada hari sabtu ni, menyoping pepagi, lepas tu mengerjakan barang yg di shopping, memang memenatkan buat nasi kerabu tapi kesian kan customer yang dah lama teringin, lagipun dapur kaknoor baru je buka seminggu lepas setelah bercuti hampir 3 minggu, memang customer dah tak sabar nak makan, sampaikan nak memenuhi selera anak sendiri pun agak sukar, jadi hari ni sampaikan hajat anak kaknoor yang teringin sangat nak makan churros ni, churros kaknoor kali ni rasa nya lebih sempurna berbanding dengan yang sebelum ni hahaa pengalaman jugak kan sebab dah banyak membaking dan memasak jadi senang lah pulok!!!! jom semak resepi..





Bahan-bahan nya

  • 1 cawan air
  • 100 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
  • secukupnya gula kastor
  • sedikit serbuk kayu manis
  • Untuk yang suka coklat boleh lah  masak coklat bersama dengan susu segar sampai cair dan boleh lah dicicah dengan churros ni
Cara membuatnya
  • Masukan air didalam periuk dan masukan mentega, biarkan sehingga mendidih dan mentega menjadi cair
  • Masukan  tepung sedikit demi sedikit yang telah di campurkan dengan garam, dan kacau rata supaya ia nya tidak berketul dan bila tepung sudah tidak melekat di kuali boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk
  • Bila dah betul-betul sejuk baru masukan telur * jangan masukan telur ketika adunan masih panas nanti telur akan masak dan churros ni tak kan mengembang
  • Kak noor putar dengan mixer sehingga sebati selepas masuk sebiji telur, kemudian tambah lagi satu biji telur dan putar lagi sehingga betul-betul rata.
  • Panaskan minyak,kemudian masukan adunan dalam beg piping yang ber nozel bintang.
  • Paipkan kedalam minyak panas dan gorenglah sehingga kekuningan,angkat dan toskan terpulang pada selera masing2 samaada nak bergula atau bercoklat.

Kalau dulu churros kaknoor agak kurang sedap tapi kali ni rasa nya the bestttt ranggup dan lazat walaupun dah lama kat luar masih sedap, boleh try ya adik-adik semua, yang penting masa masukkan telur tu biar lama pukul dan sebiji demi sebiji baru perfect rasa nya.


12 comments:

  1. nampak simple resepinya kak noor, tapi kalau tak betul tekniknya tak jadi jgak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya memang simple je NM churros ni cuma masa kita mengacau dan masa masukan telur tu perlu agak lama sehingga telur betul2 meresap dalam adunan insya allah menjadi

      Delete
  2. Wah...sedap ni...sy lagi la, blm mncuba lg..sedihkan...hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai adinda Rohah, lambatnya nak try cepat try cepat leh makan, beli mahaiiiii ni tau hahaa

      Delete
  3. T/kasih kak Noor resepinya. Tengok gambar pun dah membuka selera...cantik sangat. InsyaAllah ada masa teringin nk cuba buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan fiza, anak2 akak mmg suka sngt sbb ranggup tambah cicah cekelat tu adoiii susah mau cakap ooo

      Delete
  4. Sungguh kak noor.. Klu beli mahai.. Maklumlaa nama dia pon glemer.. Hehee.. Insyaallah nk try laa jugak..

    ReplyDelete
  5. salam kak nor ,

    saya nak try jugak nnt ..tunggu rajin ..haha

    ReplyDelete
  6. yummy...sedapnye nmpk...simple mcm buat mereng..tp ni mentega dan telur...sy nk cuba jugak la..nnt jemput sapot blog setahun jagung manis saya yer kak noor...

    ReplyDelete
  7. Kalau dh tk panas still rangup tk?

    ReplyDelete
  8. X boleh pakai lgsung. Adunan keras sbb tepung smpai 2 cawan x boleh nk pipe. Jahanam nozle pipe saya. Lebih baik follow azie kitchen punya resipi.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home