Fritters Kentang Disana Disini Disinunnn....

Fritters Kentang Disana Disini Disinunnn....


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua nya, hari ni kaknoor nak letakkan resepi mudah yang terhangat di pasaran sekarang ni, dalam fb mesti hari-hari ada yang letak gambar fritters ni kan, jadi bila hari-hari tengok, hati siapa yang tak tergoda kan, jadi mau tak mau nak jugak di cuba keenakan fritters ni, kebetulan petang tadi ada rakan nak singgah kat umah, jadi kelam kabut makcik ni berkuntau kat dapur nak jamu kawan hahahaha, ini lah hasil nya fritters tu memang marbeles sampai licin pinggan yang dihidangkan ALHAMDULILLAH makna nya sedap lah tu kan, tapi kaknoor ubah sikit ikut hati sendiri, tambah cili flakes dan cili hiris, tambah carrot sikit jugak garam, oklah tu kan janji sedappp.




BAHAN NYA
3 biji kentang di sagat halus
1 biji carrot kecil di sagat halus
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
2 tangkai daun bawang hiris
1 biji cili merah hiris
1 biji telur A
sedikit garam dan ciliflakes

CARA NYA
1.  Pecahkan telur dan pukul sekejab biar kembang, masukkan semua bahan dan gaul sebati.
2.  Kalau terlalu pekat tambah sedikit susu segar atau air pun ok.
3.  Ciliflakes dan cili tu kalau tak nak pun ok ikut selera sendiri.
4.  Panaskan kuali dengan minyak yang banyak, ambil sesudu masukkan dalam minyak yang panas dan gorenglah sehingga kekuningan dan ranggup.
5.  Buatlah sehingga habis dan sedia untuk dihidangkan.





FRITTERS yang sangat laris sekarang ni , buat jangan tak buat, rasa lah keenakan kentang goreng ni yang sangat ranggup, mesti nak kena buat dua tiga kali baru puas makan.


17 comments:

  1. Baru nak cuba kak noor.. dah ambil pun resepinya dari FB.. kak noor kata sedap ni lagi teruja nak mencubanya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lambat try yatie nanti basi pulak resepi tu hahaa

      Delete
  2. kalau ada depan mata ni confirm makcik laju habiskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng makcik2 mmg suka ni rahel termasuk maktok kat sini hahaa

      Delete
  3. Wah..mesti try juga ni nanti Kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahan biasa yang selalu ada kt umah kita BB try lajuu

      Delete
  4. Lum sempat lagi nak buat ni KakNoor! Teringin gak nak rasa!

    ReplyDelete
  5. cepat buat HK lama2 nanti tak best masa sdg hot ni lah kena buat heee

    ReplyDelete
  6. Kak nor dh buat ea..kita kntang dh ada..tp tggu rajin jew ne..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada kentang ok dah tu zila boleh try ni nanti ketinggalan ni heee

      Delete
  7. saya ni byk kali dah tgk..asiklah ckp dlm hati..mudah sgt nak buat ni..berkali-kali ckp..sampai la ni tak buat2...dasar "penyegan" masak saya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaah eyenee bukan penyegan tapi kurang rajin kot, akak pun sama jugak sampai dua tiga kali beli kentang baru ni menjadiiii buat

      Delete
  8. Krap krup krap kruplah yer Kak Nor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul aziela harus buat lagi ni, dan dengan kuantiti yg lebih banyakkk

      Delete
  9. Kak Noor, saya salin resipi Roti Sarang Lebah tu... sok cuti... nak try buat... jadi nanti saya tunjukkan kat Kat Noor, K?

    ReplyDelete
  10. ok Sweetie darling tunjuk besar2 tau nak tengok mesti sedap dan manis klau sweetie buat kan hehee

    ReplyDelete
  11. kak noor saya dah ambik resepi ye kak noor...dah cuba buat...tapi tak secantik kak noor buat...hehe...tq

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home