Laksam Rona Roni Memikat Selera

Laksam Rona Roni Memikat Selera


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua nya, hari ni paling sibuk dari pagi membawa ke petang, nasib baik sempat buat laksam ni untuk makan seharian hari ni, lepas tu jadi lipas kudong kesana kesini kesinun, dok teruja tengok laksam kat wall orang di fb, hari ni kaknoor memberanikan diri membuat laksam rona roni ni, tapi tak mau lah warna yang terang sangat takut nak makan just sikit kaler je, resepi ni kaknoor sekodeng kat blog AZIE cuma akak warna kan lah ikut citarasa sendiri, best jugak kaler2 ni memikat selera siapa yang tengok kan. TErimakasih AZIE di atas resepi nya dan kaknoor nak letak resepi kat blog akak jugak ya untuk rujukan anak2 di rumah ni yang suka sangat laksam.


 Bahan Laksam
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
 5 cawan air suam (3 air panas + 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya
Satukan semua bahan kacau sehingga tak bergentel, panaskan kukusan letakkan tudung periuk atau dulang kecil, masukan 2 senduk bancuhan dan kukus sehingga masak lebihkurang 2 ke 3 minit angkat dan gulung.  
Hari ni kaknoor sikit rajin buat yang rona roni sikit bubuh warna merah, kuning dan hijau disamping warna putih, teruja dok tengok orang buat, cantik jugak kan berkaler2 ni.

Bahan Kuah

1 kg ikan kembung direbus / ambil isi / di kisar / simpan air rebusan
2 cawan santan
1 sudu besar lada hitam
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai di ketuk
1 inci halia
3 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya

Kisar  bawang merah, putih, halia dan lada hitam, masukkan dalam periuk, masukkan santan dan isi ikan yang di kisar bersama air rebusan ikan.  Didihkan dengan api yang sederhana, masukan asam keping, garam dan sedikit gula.  Bila sudah cukup rasa dan pekat boleh lah di tutup api.


Bahan Ulam
1 biji timun
5 urat kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
7 tangkai daun kesum
½ cawan taugeh
Sambal belacan

Cara membuatnya
1.    Semua ulam-ulam di hiris kecil
2.    Ambil laksam secukupnya, tambahkan ulam di atas dan curahkan kuah.
3.    Laksam sudah boleh di nikmati.




Laksam ni memang sedap cuma agak lambat menyediakan nya, kalau yang rona roni ni lagi lambat kan tapi sesekali oklah tak boleh selalu pengsan dok dapur lama2 hahaha..


14 comments:

  1. wsalam Kak Noor...
    punya la cantik rona roni laksam tu...terus terliur bah...in sha Allah jika ada masa lapang pastinya akan ditry laksan cantik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try rahel lepas ni kasi up sikit hehee

      Delete
  2. Kalo dah kaler maler gini bukan lagi rajin sikit Kak Noor, tapi rajin banyak nih.... saya belum lagi berani nak gulung2 laksam (yang tak berwarna) apalagi yang warna warni cenggini he heheheh... tq kak, saya dah buat babat goreng... ha hahah semua isi rumah tertipu! Disangkanya sotong atau cendawan goreng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memenuhi permintaan anak2 yg akan berangkat ni Mie, rajin banyak rajin sikit janji cantik, wah dah buat babat goreng ke? mmg macam rasa sotong jugak kan, sesekli macam cendawan jugak

      Delete
  3. menariknya laksam tu colourful...cumanya saya ini kalau nampak yang colour2 dah fikir yang manis2 jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nasa, kaknoor tengok dlm fb ada yang tayang laksam kalerful ni kebetulan anak2 minta nak makan sebelum fly ni buatlah yg versi kalerful ni, mesti tukar fikiran yg kaler2 ni tak semestinya manis tau heee

      Delete
  4. aaa...sedapnye laksam!! da berapa mnggu ni cari kt pasar asyik x jumpe je. huhu. tp tgok resipi pasni boleh la buat sndiri. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je sebenarnya laksam ni Ein cuma lambat sikit lah kalau kita buat sendiri beli lebih cepat dpt makan kan

      Delete
  5. love the pop of pink and green stuff!

    ReplyDelete
  6. KA x brp minat laksam but nampak sedap je laksam ni !

    ReplyDelete
  7. kalaulah laksam ni ada di kelantan,entah respon macam mana orang kelantan tengok laksam warna -warni yang menarik ni.

    ReplyDelete
  8. Lama dah x makan laksam...salin resepi n mintak wife buatkan ♡♡♡

    kelapangan singgah blog kami yer ...sana ada murah-murah...murah sangat ..

    click >> http://izzium2u.blogspot.com/ ❤❤❤

    ReplyDelete
  9. ceria sungguh laksam niii.. nampak selera nk di makan.. i like :) ..

    kelapangan singgah kedai kami yer di www.izzium2u.blogspot.com...
    sana ada macam0macam yang murah murah dan murah

    ReplyDelete
  10. sukatan ni utk bape org mkn k.nor?dpt bape gulung yeaa

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home