Pastri Puf Dengan Beef Rashers Dan Kentang Cheese!!!

Pastri Puf Dengan Beef Rashers Dan Kentang Cheese!!!



BAHAN NYA
Pastri puff secukupnya
Tater-tots secukupnya
Beef rashers atau turkey rashers
Cheese cheddar atau mozarella cheese
Parsley flakes
Chili flakes
Ceri tomato
Fresh mushroom secukupnya.


CARA NYA
1.  Pastri puff hendaklah dikeluarkan lebih awal sehingga lembut senang untuk digelek.
2.  Sediakan acuan muffin tin dan ketepikan.
3.  Ambil 2 keping pastri puff, letakkan diatas papan penggelek dan gelekkan sehingga nipis.
4.  Potong menjadi  6 bahagian dan susunkan dalam muffin tin.
5.  Letakkan beef rashers atau turkey rashers di sebelah dalam pastri tadi.
6.  Campurkan cendawan, cheese cheddar, cili flakes gaul rata dan susunlah didalam nya.
7.  Tambahkan dengan tater-tots ikut kreativiti sendiri nak banyak ke sikit.
8.  Letakkan tomato slice dan parsley taburkan lagi dengan cheese kegemaran.
9.  Bakarlah didalam oven yang telah dipanaskan selama 20 minit pada suhu 150'C.
10.Hidangkan panas-panas bersama sos kegemaran atau dimakan begitu saja.




Boleh letak apa-apa fav di dalam pastri ni, terpulang kreativiti masing2 dan kegemaran pelanggan yang nak makan,nak letak tater tots banyak pun ok, tapi anak-anak kat umah lebih suka letak dua biji je, beef rashers pulak hanya 1 slice untuk mengelilingi pastri puf tu, boleh di lebihkan jugak, tapi walaupun nampak macam kurang bahan tapi sekelip mata je habis, lagipun dalam beef tu dah rasa masin, tater-tots pun dah ada rasa jadi akak memang sengaja tak letak banyak, sebab cheese pun dah ada rasa jugak takut kemasinan nanti kena kencing masin hahaaa...

SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA.


0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home