Rentetan Dari Fritters Kita Bako Pulak Save Minyak ..

Rentetan Dari Fritters Kita Bako Pulak Save Minyak ..

ASSALAMUALAIKUM dan salam rabu pada semua nya yang selalu singgah di blog kak noor, ramai yang tahu fritters memang menjadi jajan yang sangat famous sekarang ni kan, tapi kali ni kaknoor olah sikit resepi fritters tu sebab malas nak goreng kena berdiri lama kat dapur kan hahaha, jadi kaknoor tumis dulu kentang dan carrot tu bubuh sedikit perisa dan letakkan dalam pastri puf atau kulit popia ke, lepas tu bako dah boleh goyang kaki kan, jadi nya fritters bako lah, lagipun tak lah berminyak sangat, tapi ada cheese tu cemana tu eh... apa2 aja lah kan semua nya di tangan tukang masak yang mana suka boleh ikut, tak suka diam2 je gi kedai beli apa yang patut heheehe...






BAHAN NYA
3 biji kentang di sagat halus
1 biji carrot kecil di sagat halus
4 sudu besar tepung jagung *tak letak ganti dengan cheese cheddar
3 sudu besar tepung gandum*tak letak ganti sosej parut
2 tangkai daun bawang hiris*jugak tak letak ganti dengan bawang besar dadu
1 biji cili merah hiris
sedikit serbuk lada hitam
1 biji telur A* tak letak
sedikit garam dan ciliflakes
pastry puff atau kulit popia pun ok
sedikit minyak untuk  menumis



CARA NYA
1.  Sediakan loyang muffin sapukan sedikit mentega disetiap lubang, susunkan pastri puf atau kulit popia membentuk lubang muffin tu.
2.  Didalam kuali tumis lah bawang besar sehingga layu, masuklah kentang, carrot dan sosej.
3.  Kacau rata sehingga masak, masukkan serbuk lada hitam, cili merah, cili flakes, garam dan sedikit gula.
4.  Masaklah sehingga sayuran lembut, masukkan sesudu atau penuhkan acuan muffin yg telah di letakkan dengan pastri.
5.  Taburkan dengan cheese cheddar dan bakar sehingga kekuningan dalam 20 minit suhu 150'C atas dan bawah 
6.  Bila dah keperangan dan agak ranggup boleh lah di keluarkan dari oven.
7.  Sedap dimakan begitu saja atau di cicah sos pedasss..




SELAMAT MENCUBA PADA YANG SUDI YA
JUMPA LAGI ESUK LUSA 
INSYA ALLAH.

11 comments:

  1. salam kak noor..

    best dan menarik juga kan fritters kentang ni dalam versi bakar..apapun, cara masaknya pasti sedap..nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam BB kalau cukup masin manis nya BB mmg sedap di tambah ranggup lagi mmg terbaik lah

      Delete
  2. wahhh.
    nanti nak cuba jugak la kak.
    2hari lepas dah buat fritters versi goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib cuba yg ni lagi farhana lebih santai sikit tkyah tunggu dapor haha

      Delete
  3. nampak sedap la apa-apa yang kak noor buat,semua saya terliur,cuma tak dan masa je nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah akan ada masa Su utk mencuba resepi ni nanti ya

      Delete
  4. aduhaiiii!!! dah kuor versi bakar pulok..... yg goreng pun belum terbuat lg! pelanggan dapo ni belum balik bercuti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaah kak rose jgn lambat sangat lepas bako ni tak tau lah nak kuar versi apa lagi adoiii

      Delete
  5. ala kak noor... kalau dah hidang depan mata.. takkan ada yg menolak... nampak lagi presentable bila kak noor buat camni... yumyum..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home