AYAM PERI-PERI & NASI SERAI PASANGAN SERASI ..

AYAM PERI-PERI & NASI SERAI PASANGAN SERASI ..


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi semua nya.
Dah pukul 10 pagi di Brunei ni ada yang dah siap masak ke?? yang pasti kaknoor suka masak awal, senang tak payah fikir itu ini, tapi mmemang agak sibuk kalau masak awal, tapi kalau benda yang kita suka, macamana pun memang happy lah dah siap masak untuk hari ni.
Resepi ulangan untuk AYAM PERI-PERI sebab sedap bangat, di gandingkan dengan nasi serai atau nasi beringin dari blog AMIE memang mantop jom tengok resepi sedap ni.






Resepi Asal: Nasi Beringin@Nasi Serai
Sumber: SyidahMustafa@MYResepi.Com

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras biasa - Amie gunakan beras basmathi
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • ½ biji bawang besar (yang kuning)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5~6 batang Serai
  • 1 sudu besar marjerin
  • air untuk menanak nasi
  • sedikit garam - Amie gunakan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
  • kaknoor tambah sedikit safron serbuk untuk mencantik nasi tu

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia.
  2. Titikkan serai.
  3. Panaskan periuk dan cairkan marjerin.
  4. Tumis dahulu jintan kasar.
  5. Kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik.
  6. Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa
  7. Tunggu lah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi ni...ok...selamat mencuba!
Catatan: Oleh kerana Amie gunakan beras basmathi yang direndam 20 minit, beras mengembang. Nisbah air dan beras yang Amie gunakan ialah 1:1 (1 cawan beras = 1 cawan air)






AYAM PERI-PERI
BAHAN NYA
1 ekor ayam di bersihkan di potong 4
6 biji cili padi (ikut kepedasan masing2 nak tambah atau kurang)
1 biji cili capsicum
1 biji lemon di perah ambil nya
2 sudu besar paprika powder
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk oregano kaknoor guna oregano fresh di cincang
1/2 sudu kecil serbuk cili merah
1/2 cawan minyak sayur
5 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1/4 sudu kecil pewarna merah atau oren


CARA NYA
1.  Kisar cilipadi, capsicum, bawang putih, masukkan air lemon, paprika, garam,serbuk cili merah, cuka, lada hitam dan pewarna dalam bekas besar.
2. Kacau sebati tambahkan dengan potongan daun oregano fresh dan ayam, gaul  rata dan peraplah selama 1 ke 2 jam.
3.  Panaskan kuali tak melekat panggang lah ayam tadi sehingga kekuningan sebelah luar nya, lepas tu baru lah dimasukkan dalam oven untuk masak sepenuhnya selama 30-40 minit dengan api 170'C.
4.  Lebihan marinade tadi ditambah dengan sedikit air dan masak lah sehingga pekat.
5.  Boleh lah dihidangkan bersama ayam peri-peri ni.


Sejak berkenalan dengan ayam peri-peri memang tak mau buat yang lain dah anak-anak suka, mama pun suka nanti boleh buat lamb peri-peri atau beef peri-peri pulak mesti lebih lazat.

14 comments:

  1. Teringin nak mencuba ayam peri-peri ini Kak Noor sebab tak pernah lagi buat. Kalau nasi tu dah pernah juga buat. Baca resepinya menariklah..

    ReplyDelete
  2. sedap kakzakie ayam peri2 ni ala2 nandos, ada rasa masam masin dan pedasss

    ReplyDelete
  3. kecur liur tengok sos peri2 tu...nasib tak ngences lagi nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sos nya paling sedap Nasa sbb warna nya oren and rasa nya pun masam2 pedas mmg larisss

      Delete
  4. Kak Noor kalau di panggang terus dalam kuali pemanggang (pemanggang ajaib tu) boleh tak?

    Ai kul 10 pagi dah siap masak... saya baru sampai office!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kita sweetie mmg rajin masak kan sebb tu siap awal hahaha
      selamat malam sweetie how are you..

      Delete
    2. I'm fine kak Noor, thanks you!... tengah bersiap-siap nak belayar....

      Delete
  5. Salam Kak Noor,

    Terlalu lazat rasanya peri-peri chicken tu... boleh beat dgn nandos ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam honey, boleh sngt beat dgn nandos ni mungkin lebih up sikit kot hahaa angkat bakul sbb peri2 lebih hottt

      Delete
  6. Saya masih ingat ayam peri2 kak Noor yang dulu tu... apasal dapat nama peri2.. saya pun lupa ..rasanya dulu ada Kak Noor sebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama not sure lah MIe tapi peri2 ni ala2 nandos gitu loh, bukan main2 hah jauh ni dtg ni kan, thanks MIe resepi nasi serai tu sedappp

      Delete
  7. Salam Kak Nor,

    Ita dah buat ayam peri peri ni. Sedap!. Thanks for the receipe. Jemput singgah di blog ita.

    ReplyDelete
  8. Kak Nor...buatlah versi pc noxxa. Sure senang dan cepat. Kak Nor kan ada PC Noxxa. Tq

    ReplyDelete
  9. Kak Nor...buatlah versi pc noxxa. Sure senang dan cepat. Kak Nor kan ada PC Noxxa. Tq

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home