Cakoi DAMAI KALBU Pelepas Geram

Cakoi DAMAI KALBU Pelepas Geram


ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua nya, sebenarnya sebelum ni memang tak teringin nak buat cakoi ni, tapi sejak tak dapat beli masa gi pasar tamu minggu lepas jadi meluap2 pulak teringin nya, masa kat tamu tu punya lah ramai orang beratur nak beli cakoi yang femes tu, kaknoor malas nak beratur mau jugak 1 jam menunggu sampai kena ambik nombor segala, sejak dari tu balik terus menggoogle mencari resepi, baru semalam  ada masa untuk mencuba, godek punya godek terjumpa kat blog DAMAI KALBU yang mudah dan rasa nya alhamdulillah anak-anak cakap sedap macam jual kat tamu hahaaa...

THANKS Rohah diatas resepi nya ya..






CAKOI MUDAH
Resepi:ina_lyna@myresipi

Bahan-bahan:
400gm tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin | cairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sud bsar susu pekat manis
1 biji kuning telur
2 sudu teh yis kering
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1.Campur semua bahan kecuali tepung.Kacau sebati.
2.Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli.Jikalau terlembik sangat dan susah untuk menguli, tambahkan tepung sedikit lagi.
3.Perap doh selama 30 minit atau lebih, selepas itu bolehlah diuli lagi.
4.Canai agak-agak 4-5cm memanjang.Potong pendek anggaran 1-1.5 inci.Untuk mencantumkan kedua-dua cakoi, basahkan lidi dan gores di tengah-tengah cakoi pertama.Tujuannya untuk memastikan  lapisan cakoi itu melekat.Selepas itu ambil satu bahagian lagi dan letak di atas cakoi pertama. (saya celupkan lidi sekali lagi ke dalam air dan tekan ke bawah kat tengah2 cakoi tu)
5.Setelah minyak panas, angkat cakoi tadi dan tarik sedikit sebelum dimasukkan ke dalam kuali.Saiz cakoi akan nampak panjang berbanding saiz asal iaitu setengah je,,,






Baru puas makan sebab dapat banyak biji, boleh letak apa2 filling, kaknoor malas nak buat sos kastad segala just guna yang instant je, nutella, kaya dan peanut  butter. Bukan apa tak sabar nak makan masa panas-panas tu waduhhh sedapp. Kadang2 masak bukan sebab teringin sangat tapi sebab geram pun ada jugak kan hahaa.


5 comments:

  1. aduh sedapnya...nak buat tu yang rajin sangat...salam kenal kak

    welovesusuibu.blogspot.com/2014/10/3-fakta-menarik-tentang-saya-ya-saya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal dari kaknoor Suriya thanks sudi singgah sini

      Delete
  2. kak noor, jangan geram-geram, bahaya!
    saya ada gak ambil resepi ni tapi tak tercuba lagi. kat CH ni tengah musim sejuk (kononnya) roti2 ke pastri ke adik beradik dia memang mudah sangat nak rasa liat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha cheqsu, geram pasal tkdpt makan yg orang buat, kena balik buat sndiri lah
      cheqsu pun gamaknya kena tunggu musim luruh kot baru tak sejuk heheee boleh lah buat cakoii

      Delete
  3. Sedapnya nor,nk cuba...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home