Double Chocolate Tart Aneka Saiz

Double Chocolate Tart Aneka Saiz


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya, macamana dengan hariraya korban yang baru ni, mesti meriah kan disana sini, tapi kat umah kaknoor agak sepi lah sebab dua orang dah takde kebetulan sehari sebelum raya korban tu, jadi mood raya pun hilang jugak, pertama kali dalam sejarah kaknoor tak sambut langsung sebab sibuk menguruskan anak2 visa lah, uruskan tiket lah nak bagi sama kedua nya tapi ALLAH menentukan segala usaha kita, yang terjadi si adik terbang dulu sehari, kemudian si kakak pulak, so redho saja lah, tapi walau bagaimana pun kedua2 nya dah selama sampai sorang di Nottingham dan sorang lagi di Bath alhamdulillah. 

Berbalik pada resepi hari ni untuk kulit tart ni boleh tengok DI SINI ya, sebab kulit yang ni memang akak suka sedapp



BAHAN FILLING
180 gm dark chocolate
140 gm white chocolate
100 gm butter tanpa garam
3 biji telur
1 biji telur kuning
100 gm gula kaster
2 sudu besar double cream

CARA NYA
Cairkan dark dan white chocolate dalam mangkok berasingan secara double boil, campurkan 70 gm butter didalam dark chocolate dan 30 gm butter lagi didalam white chocolate, kacau sehingga sebati.  Pukul telur, telur kuning dan gula sehingga kembang 2x ganda.  Gaulkan 2/3 daripada adunan telur ni kedalam dark chocolate dan lebihan nya lagi didalam white chocolate.  Masukkan double cream didalam adunan white chocolate dan kacau sebati.  Masukan filling dark chocolate dulu didalam tart, kemudian kemudian filling white chocolate, ikut lah kreativiti sendiri macamana nak lorekkan ya, dan lepas tu bakar selama 20 minit dengan suhu 140'C atau sehingga filling mengeras.



Walaupun rupa nya agak menggerutu sikit tapi rasa nya tetap mantop sebab ada double chocolate didalam nya, pastikan jangan bakar lama sangat masa letak filling tu ya biar fillingnya agak lembut dan cair di mulut chewahhh memang sedap.


6 comments:

  1. Rajinnya Kak Noor buat kulit pelbagai bentuk.... kalau dah double chocolate dalamnya tu gerenti punya double2 sedapnya kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 ni nak macam2 pesen mama ikut je hehee banyak coklat mmg the best Mie kan

      Delete
  2. Salam kak Nor...bila mana putri ternampak double coklat akak terus terpaku..terliur laa...mesti sedap kan kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmulsam puteri, sangat sedap puteri anak2 suka bangat ni

      Delete
  3. Kak Noor, saya dah try buat roti sarang lebah tu... meh dtg 'jamu' kat blog saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohya sweetie, terimakasih ya jemput kaknoor jamu mata pun jadi lah, jab nak terbang ni lepas ni

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home