Gostan Jab Soto Ayam Maktok Dalam Aroma Mac 2014

Gostan Jab Soto Ayam Maktok Dalam Aroma Mac 2014



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semuanya, di Brunei Darussalam masa ni cuaca nya asyik hujaaaan  saja setiap hari, kadang-kadang dari malam sampai lah kepagi membawa ke tengahari, jadi makanan memang banyak yang lariss lah, jadi belek-belek buku nak masak apa terjumpa Majalah Aroma yang memuatkan resepi kak Noor keluaran Mac tahun ni, boleh lah di letakkan disini untuk tatapan semua, boleh jugak dijadikan rujukan untuk masak esuk lusa ya, jom tengok resepi jom!!





Soto Ayam

Bahan-bahan kuah soto
1 ekor ayam dibersihkan dan direbus bersama rempah-rempah di bawah
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkeh
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

1 sudu besar kicap manis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
2 biji bawang besar
1 inci halia
4 biji bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil rempah sup

Cara membuatnya
  1. Masukan bahan kisar didalam periuk rebusan ayam, rebus lagi sehingga mendidih.
  2. Masukan kicap, garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila ayam sudah lembut, keluarkan dan tos, kemudian carik-carikkan isi ayam menjadi kecil memanjang.
  4. Biarkan kuah merenih sehingga beraroma dan tutup api.

Pegedil Kentang
Bahan-bahannya
½ kg kentang dibersihkan dipotong baji dan di goreng
1 tangkai daun bawang
3 sudu bawang goreng
Sedikit serbuk buah pala
1 biji telur
2 /3 sudu tepung gandum
Garam dan minyak


Cara membuatnya
  1. Lenyek atau tumbuk kentang sehingga hancur, campurkan dengan semua bahan-bahan kecuali minyak dan telur.
  2. Bulat-bulatkan, salut dengan telur, dan goreng sehingga kekuningan angkat dan toskan.



Bahan Sampingan Soto
Ketupat secukupnya di rebus sehingga masak dan sejukan, potong.
Soon secukupnya digoreng dan toskan.
Kacang tanah goreng
Bawang goreng
Hirisan daun sup/bawang


Bahan Sambal Kicap
10 biji cili padi merah dan hijau
2 biji bawang putih
4 sudu kicap manis
3 sudu kuah soto
2 biji limau kasturi
garam dan gula

Cara Membuatnya
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih.
2. Gaul rata bersama kicap, kuah dan jus limau kasturi.
3. Masukkan garam dan gula, sedia untuk dihidangkan bersama soto ayam.



Selamat menjamu mata ya, kalau ada yang rajin boleh lah buat bagi  menjamu selera  yang meluap2 tu hehee, jangan marah hah....

8 comments:

  1. Nak menyediakan soto ni kenalah singsing lengan tinggi2... kena buat lebih sebab nak makan berkali-kali... he heheh maklumlah bukan selalu buat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Mie kena sedia mental dan fizikal ni kan tapi mmg berbaloiii makan mesti dua tiga pinggan kalau tak rugi haha

      Delete
  2. Fuh..bb minat gila dengan Soto kak..2-3 mangkuk habis ni..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buat jugak akak ni dah teringin sangat ni BB nak lawan 2,3 pinggan mesti lariss

      Delete
  3. Aslmkm. Walaaa.... menu sup2 ni mmg kegemaran Along sekeluarga.... byk kerja tapi berbaloi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmulsam Along, sama jugak disini kalau yg ber sup macam ni mmg fav seharian pun ok anak2 makan

      Delete
  4. minggu lepas buat soto demi memenuhi hajat sahabat yang nak makan sup2 katanya...memang dah lama nak makan, tapi tulah renyah...dah kebetulan ada org nak makan macam dpt semangat terus buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Nasa kalau ramai permintaan nak makan ni mmg berbaloii buat, tapi kalau pelanggan tak banyak mmg dok pikir jugak nak buat ni sbb banyak songeh

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home