Kek Span Mudah Dari Blog Masam Manis

Kek Span Mudah Dari Blog Masam Manis


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua nya, hari ni hari cuti kat Brunei ni jadi ada lebih masa sikit untuk membaking, kebetulan anak sulung teringin nak makan kek span simple je, cari-cari maka terjumpa lah kat blog Masam Manis cara mudah buat kek span ni, memang menjadi kalau ikut cara Ita, terimakasih banyak-banyak pada Ita sebab kongsikan step by step cara buat kek ni, memang berbaloi sebab ada tips segala, jadi orang yang baru-baru buat kek macam kaknoor ni memang sangat berguna tips tu.




KEK SPAN COKLAT
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah Saji

Mula-mula kita sediakan bahan-banahn yang di perlukan

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!kaknoor ayak 3x sebab nak kek gebus

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
Mesti ada yang tanya kenapa speed perlahan..?
Cubalah guna speed laju.. pasti berbedak muka tu nanti hihi ^_^
Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan..
Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Kata Ita ...
Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun

Bila dah gebu, tutup mixer.
Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata
Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C
Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah
Bakar selama 30 ~ 35 minit




Kata Ita lagi .....
Proses yang ini kena fahamkan betul-betul ya
Bila kek kita dah masak, terus keluarkan dari oven
Biar dia sekejap dalam 5 mint, lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang
Toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek
Terbalikkan kek atas redai sekejap aje 1 minit
Lepas tu terus terbalikkan semula
Ok buat cepat-cepat.. sebab kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti.
Ingat kek span ni dia sensitive sikit
Biar kek betul-betul sejuk sebelum kita nak potong dia kepada kepingan..




Pada yang dah pakar buat kek deco ni abaikan deco kaknoor tu memang tak cantik lah kalau dibandingkan dengan yang mahir, tapi practise make perfect kan, insya allah lain kali buat lagi bagi lebih cantik dan menariks kan..

Rasa nya tetap mantop lembut dan gebus.

4 comments:

  1. woww..memang mekar kembang gebuss kejadiannye..cun sehh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kembang dan mekar macam tuan baking jugak ni doc haha

      Delete
  2. saya pun dah bercadang nak cuba resepi ni,dah kak noor kata menjadi ,kita pun makin semangat nak buat...tunguuu bila cuti.

    ReplyDelete

  3. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home