Lepat Ubi Atau Lepat Singkong Menu Nostalgia Dolu-Dolu Masih Digemari

Lepat Ubi Atau Lepat Singkong Menu Nostalgia Dolu-Dolu Masih Digemari


Alhamdulillah dapat bersiaran semula hari ni, biasa lah  masaalah teknikal laptop kaknoor, ni benda baharu ni memang lah tak kekal kan , sama jugak dengan laptop ni dah dua tiga hari ada problem tak dapat tulis pasal keyboard nya rosak, hari ni alhamdulilah dapat pengganti baru, syukran pada bang haji kerana memahami hehee, so lepas ni harap takde problem lagi.

Berbalik pada menu hari ni testing lepat ubi/ lepat singkong sebab ujung minggu ni ada yang order, jadi sebab dah lama tak buat kena lah testing-testing dulu sebelum bagi orang kan. Resepi kat bawah ni kalau ada yang nak buat sendiri.





BAHAN NYA

1 kilo ubikayu/singkong di parut 
1/2 cawan kelapa parut
1 bungkus serbuk santan *tujuan serbuk santan supaya tak terlalu cair adunan mudah untuk kita membungkus lepat ni.
3/4 cawan gula merah
2 sudu tepung ubi
secubit garam

  Ubikayu yang telah di parut di perah buang air nya supaya hilang rasa pahitnya.
 Masukan semua bahan santan, kelapa parut, gula merah, tepung ubi dan garam dan gaullah sehingga  sebati.
  Kacau biar sebati dan mesra semua nya 
 Kemudian boleh lah di bungkus di dalam daun pisang dan di kukus.
  Kukusan mesti lah di panaskan terlebih dahulu tau baru lah masukan lepat ni.
 Kukus lah selama 15 ke 20 minit atau sehingga masak
Boleh lah di hidangkan dengan kopi panas lepat ubikayu ni lazattt sangat
PADA YANG SUKA MEMANG TAK CUKUP SATU HEHE...




Pada yang suka menu tradisi ni boleh lah mencuba ya, rasa nya orang-orang veteren je fav sangat benda ni, hatta dalam umah kak noor pun anak-anak tak suka, mak hajah dan pak haji je yang suka, tak kisahlah tu selera orang orang tua muda tak sama kan layan je...

3 comments:

  1. Salam Kak noor..

    Lepat ubi ni hampir sama dengan wajid ubi di sini.. Bezanya wajid kalernya coklat dan tiada kelapa parut

    ReplyDelete
  2. ohya BB lepat ni bahasa orang kedah, selain ubi lepat pisang tapi rasanya lebihkurang sama je kot

    ReplyDelete
  3. Sha suka segala jenis lepat sha suka hehehhe.. nak g cari kejapla kak kat cafe.. teringin pulak

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home