Mee Rebus Hj Wahid Marbeles

Mee Rebus Hj Wahid Marbeles


ASSALAMUALAIKUM 
Salam lebaran aidiladha untuk semua nya, jika ada salah dan silap kaknoor semasa di alam maya ni jutaan ampon dan maaf di pohonkan, sesungguhnya kita manusia biasa tak sunyi dari membuat kesilapan baik secara sedar atau tidak.

SEMALAM anak-anak minta nak makan mee rebus jadi tanya lah pakcik google,lepas tu terjumpa resepi mee rebus haji wahid ni diblog ZALIEDANA tengok macam sedappp je terus lah kaknoor berkuntau kat dapur, taklah sebijik macam hj wahid tu, sebab tak buat tepung goreng udang kering tu, kata anak-anak lambat jadi mama nya pun apa lagi best jugak dapat save satu kerja jugak, lain kali bila buat lagi sekali nak try jugak tepung goreng tu mesti tambah sedap sebab yang tanpa tepung goreng pun dah bertambah mangkok ni..






Bahan-bahannya 
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar kaknoor guna udang hidup
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis


Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Aku Add juga kiub Pati Lembu
Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua tak sempat nak rebus telur haha
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan 

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.


SELAMAT mencuba untuk semua nya, sangat sedap elok sangat kalau dimasak untuk tetamu masa raya nanti jika sempat, sampai jumpa lagi ya..


2 comments:

  1. Nak juga makan mee rebus akak..huhu..salam aidiladha buat akak seluarga

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Noor.

    Menyelerakan nampak mee rebus Kak Noor. Kita macam tak berapa rajin nak buat, Hihihi.. kita mengaku ni... ahaks... Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Kak Noor sekeluarga.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home