Melty Hershey Chocolate Lazat Sangat..

Melty Hershey Chocolate Lazat Sangat..


ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat untuk semua yang sudi singgah disini.
Melty Hershey ni lama dah tak buat, tiba-tiba ada yang request order nak dessert sedap ni, jadi memang kaknoor tak berlama-lama nak buat, sebab boleh jugak tumpang sekaki lebihan dari buat orang punya kan, sebab kalau buat banyak memang tak habis kat dalam rumah ni, asalkan dapat menjamah sikit jadi lah kan.

Resepi nya kaknoor sekodeng dari blog Qaseh Honey yang cute ni, QH izinkan akak letakkan dalam blog kaknoor resepi MH ni ya.






MELTY HERSHEY CHOCOLATESumber: Rahel@Rahel Blogspot
Resepi Asal: Noraslinda Bugal@FB

Bahan A:250ml UHT Whipping Cream (dairy fresh cream)
250g cream cheese
200ml susu pekat manis (kurangkan kalau tak suka manis)

Bahan B:Syrup coklat jenama Hershey's (nak guna yang perisa strawberi pun boleh/nutella, apa2 jenis filling)
Biskut Marie/Oreo

Bahan Hiasan:Gula-gula M&M, coklat chips, kekacang, cheddar cheese (disagat/diparut)

Cara membuat:
*Pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan susu pekat.Putar hingga rata. Masukkan pula
  UHT whipping cream. Putar lagi hingga bercampur rata.
*Ambil bekas dan cedok 1 sudu adunan cheese dan tuang ke dalam bekas.
*Susun/patah-patahkan biskut marie/oreo.
*Picit syrup Hershey dan ratakan. Tabur coklat chips. Ulang step-step dia atas sehingga habis.
*Lapisan atas sekali, tuang adunan cheese dan picit syrup hershey.
*Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti.
*Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.





Memang sedap MH ni apa lagi bila dimakan sejuk-sejuk, nak sedap tambah banyak eksesori nya seperti badam ke, m&m ke, coklat chip ke, memang menyerlah rasa nya., boleh cuba siapa yang rajin dan ingin nak tambah kalori hahaa...


13 comments:

  1. akak memang nampak lazat sangat..pos kat bb kakkkk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersangat lah lazat BB boleh try lepas ni

      Delete
  2. Wow! betul-betul sedap ni KakNoor. Baca bahan yg digunakan pun dah dpt tangkap punyalah mengggoda selera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahan mahai kakzakie berbaloii sedap tapi tak boleh selalu menjadi2 body ni pulak nanti

      Delete
  3. Replies
    1. udang mmg sedap di masak apa pun adda benda mahai lah kata kan,,

      Delete
  4. dah lama teringin nak buat,tak jadi2,tengok kak noor buat terliur betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita Su kalau tak sebab ada yg order nak makan akak pun malassss jugak nak buat tapi kalau ramai yg nak makan mmg rajin je

      Delete
  5. Kak Noor ni kaaaan.... mencik tau! Terpaksa kita carik tisu nak lap lioq nan meleleh-leleh ni.... huhuhuu larik baliklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn mencik2 cian kaknoor dah la tkde kawan, ada kwan pun dah mencik2 pulak heee alah ni kacang lah bagi Amie kan sekali petik jari ja dah siap MH ni kan

      Delete
  6. birthday party untuk budak-budak elok sangat hidangkan Melty Hershey ni... buat dalam bekas kecik sikit kan kak Noor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sweetie mudah makan kalau bekas yg kecik kan cuma lambat lah kerja maktok ni kan

      Delete
  7. Kak Noor... huwaaa... cam nak capai je sebekas. Nak rasa. Dari dulu lagi nak buat, KONONNYA. Sampai hari ni tak buat buat. Bukan apa, ngeri... hehehe... ingredients dia sungguh mengancam lelemak di badan! Hahaha...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home