Mozarella Stick Yang Cair Di Mulut

Mozarella Stick Yang Cair Di Mulut


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi yang jugak baru pertama kali membuat akibat dok sekodeng youtube ternampak resepi ni, kebetulan pulak ada mozarella cheese yang dok membeku dalam frezer tu , jadi awal2 pagi kaknoor dah kuarkan cheese ni bagi lembut supaya senang potong, itu pun belum cukup lembut jugak, biasa lah benda baru tak sabar nak buat , kak noor potong jugak walaupun agak keras sikit cheese nya hahaa, itu lah hasil nya agak besar sikit sebab susah nak potong


Boleh tengok resepi ni kalau ada yang nak try, boleh jugak tambah fav bahan untuk family masing2 disini kaknoor tambahkan sedikit paprika untuk pedas kan sikit gorengan cheese ni.




BAHAN NYA
2 cawan tepung gandum
2 biji telur di pukul
1/4 cawan susu segar
1 cawan breadcrumbs
1/2 cawan parmesan cheese
1/2 sudu kecil parsley
1 sudu kecil paprika *kaknoor tambah
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil garam
8 batang mozarella cheese
minyak untuk menggoreng.


CARA NYA
Masukan parsley, paprika, serbuk bawang putih, garam dan parmesan cheese didalam bekas yang berisi breadcrumbs, kacau rata.  Ketepikan tepung gandum dalam mangkok yang berasingan.  Masukkan telur dan susu segar dan kacau rata.  Ambil sebatang cheese mozarella golekkan didalam adunan tepung, kemudian celupkan didalam adunan telur dan akhir sekali golekkan didalam breadcrumbs.  Seeloknya double kan celup mozarella cheese didalam adunan telur dan breakcrumbs supaya lebih tebal cheese tak mudah cair bila di goreng nanti.  Buatlah sehingga habis cheese mozarella.  Sejukkan dalam freezer lebihkurang 20 ke 30 minit kemudian keluarkan dan gorenglah sehingga kekuningan.

Sedap dihidangkan ketika panas masa cheese tu masih cair tapi awas panassss ya..



SESEKALI tukar selera mata biru ni ok gak kan, bukan apa dah lama beli mozarella cheese yang buku tu, tapi tak tau pulak nak buat apa, sekali sekodeng youtube ada resepi mozarella sticks, terus tak tunggu lama untuk membuat benda sedap ni..


4 comments:

  1. cantik menarik tertarik.. kak noor memang debomb

    ReplyDelete
  2. huwaaaa sedapp neh .. mcm kene cuba jeee hehe .. tq kak noor share

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome eda harus dicuba tau mmg sedappp

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home