Nasi Lemuni & Sambal Sotong Putih Marbeles & Telur Mata

Nasi Lemuni & Sambal Sotong Putih Marbeles & Telur Mata


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera semua nya, ini menu semalam dah sibuk2 dengan tempahan dari customer, kaknoor masak simple dimple nasi lemuni je untuk anak-anak alhamdulillah sedap seharian makan nasi lemuni ni, bukan saja untuk orang dalam pantang, orang yang pantang tengok pun sedap jugak ni hahaa...

Resepi nya mudah saja, sebenarnya resepi ni dah ada dalam buku kak noor yang pertama
Kompilasi Menu Tengahari, untuk yang belum beli boleh tengok kat bawah ni ya..






Nasi Lemuni

Bahan-bahannya
4 cawan beras basmathi
3 cawan santan
Secekak daun lemuni dikisar
2 cawan air
1 sudu kecil halba
4 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih
1 inci halia dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya
1.    Cuci beras dan toskan
2.    Kisar daun lemuni dengan 2 cawan air dan tapiskan.
3.    Masukan beras dalam periuk atau rice cooker, masukan semua bahan-bahan dan masaklah seperti masak nasi biasa.

4.    Hidangkan bersama sambal kegemaran sambal sotong pun sedap ditambah ikan masin atau ikan goreng, telur masin atau telur mata kerbau, selera ditangan sendiri.



Sambal Tumis Sotong 

Bahan-bahannya
3 ekor sotong putih di potong kecil 
1 sudu air asam jawa
2 sudu minyak
1 batang serai di titik
1 biji tomato di potong dadu
Garam dan gula merah secukup rasa


Bahan Kisar
15 biji cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara memasaknya
1.    Panaskan kuali, masukan minyak dan tumis lah bahan kisar dan serai sehingga agak garing dan wangi.
2.    Masukan air asam jawa, garam, gula dan tomato.
3.    Kacau sehingga cili betul-betul kering air dan masukkan sotong.
4.    Biarkan sambal sotong merenih dengan api yang kecil untuk mendapatkan sambal sotong yang pekat dan merah.
5.    Sambal sotong siap untuk di hidangkan.





SEDAP dimakan dengan sambal apa saja, hatta sambal ikan bilis pun sodap, janji ada pedas dan masin sikit, kalau ada ikan pekasam pun best jugak makan dengan nasi lemuni ni.



Pada yang tak tau pokok lemuni ni nah cuba tengok betul2 pernah nampak tak sebelum ni???
Kalau ada ditanam dekat2 umah tu petik daun nya yg atas tu maksud nya pucuk lah blender dan dah boleh masak nasi lemuni ni.

12 comments:

  1. wah, sukanya tengok banyak lauk disamping nasi tu kak nooorrrr...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. lauk boleh sukahati letak BB nak banyak ke sikit jom mamam yuk

      Delete
  2. masa duk utara dulu selalu jumpa nasi lemuni orang jual waktu sarapan.....memang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini memang menu utara mari nasa, famous sngt kat sana nasi lemuni ni boleh try ya

      Delete
  3. Salam Kak Noor,

    Selalu dengar lemuni but seriously tak pernah makan. Pasti kena cuba rasa suatu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam honey, orang muda mmg lah belum banyak merasa hehee tapi anak2 akak suka pasti honey jugak suka nanti

      Delete
  4. Kakak ni kan Kak Noor tak kenal daun lemuni itu yg masalah. Masa pergi pasar tani di sini pernah tanya tapi tak ada. Kakak mula tahu masa baca blog PCL isteri dia masak - macam best.

    Ini tengok Kak Noor punya pulak aduhai sedapnya dan teringin sebab tak pernah rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie sayang, yeke tak tau daun lemuni ni, nanti lepas ni akak edit entry ni dan letakkan pokok lemuni ya dan kakzakie boleh tengok macamana

      Delete
  5. Terima ksih Kak Noor sudi kongsi pasal nasi lemuni, dulu pernah Amie baca paparan nasi lemuni Kak Noor juga. Dan pokok lemuni tu... memang tak pernah tengok, tak tahulah kalau sebenarnya ada dekat2 keliling kita... nanti saya cuba cari, nak try gak resepi ni kak...

    ReplyDelete
  6. dah ada buku ye kak....tahniah...takdepokok lemuni ni, klu tak, mmg dah buat ni..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home