Pau Paste Kacang Merah Yang Hmmm Lazat & Lembut

Pau Paste Kacang Merah Yang Hmmm Lazat & Lembut



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semuanya, kaknoor memang jarang pau sebab kurang permintaan, kalau sekadar sendiri yang nak makan memang agak lambat lah nak buat, lagipun paste kacang merah dah lama membeku kat dalam petiais tu, teringat nak buat pau bila tengok kat blog ROSTINA Wind of Change, thanks Ros akak copy resepi dan ubah sikit sebab akak guna paste kacang merah je sebab sorang je yang makan, anak-anak tak suka heeee lepas kempunan ni fav habis kalau kacang hitam, nasib baik tukang masak tak terlebih hitam hahaha...






BAHAN DOH 
 500gm tepung pau *tepung gandum pun ok di ayak
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar vegetable shortening
1 sudu besar yis kering
1 1/2 cawan air suam

CARA NYA
1. Gula di campur dengan 1 cawan air suam dan kacau sehingga rata. Kemudian masukkan yis dan kacau. Biarkan sebentar sehingga yis tadi mengembang (berbuih). 
2. Dalam masa yang sama kita campurkan tepung dengan vegetable shortening dan gaul sehingga rata. 
3. Sekiranya yis tadi sudah berbuih, bolehlah tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung tadi dan uli sehingga sebati. 
4. Tuangkan baki air yang 1/2 cawan lagi ke dalam adunan dan uli lagi selama 30 minit. Pastikan adunan tadi lembut dan licin. (Sekiranya masih belum lembut, boleh lah tambah air suam sedikit demi sedikit atau hanya basahkan tapak tangan sahaja sambil menguli). Pastikan adunan tidak melekat pada jari.
5. Apabila adunan sudah cukup lembut dan licin, biarkan selama satu jam atau sehingga adunan memgembang 2 kali ganda dari saiz asal. Tutup adunan dengan tuala panas dan tutup permukaan besen itu dengan pinggan supaya adunan mengembang dengan sekata. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik boleh simpan besen tadi didalam Microwave Oven (bukan untuk dipanaskan hanya untuk menyimpan sahaja).

Cara2 membuat pau:
1. Sekiranya doh tadi sudah cukup kembang bolehlah kita tumbuk-tumbukan untuk membuang angin didalamnya. 
2. Kemudian timbang 30g doh untuk membuat pau. 
3. Leperkan doh dengan tangan sehingga lebar tapak tangan. Letakkan paste kacang merah, dan cantumkan bahagian tepi doh tadi dengan cara menariknya keatas menggunakan dua jari. 
4. Biarkan bahagian yang dicantum tersebut menjadi bahagian atas kuih pau . Ulang proses yang sama hingga selesai.
5. Kukus selama 15 minit pada api yang kuat. (Semasa mengukus, boleh letakkan kain towel pada penutup kukus supaya wapnya tidak jatuh pada pau nanti).



Paste kacang merah kak noor beli yang instant saja sebab lebih mudah bagi yang malas ni kan hahaha, kalau benda tu takde jual baru lah kita buat kan, buat apa nak susahkan diri pulak kalau ada benda yang cepat dan sedap, paste ni sangat lembut dan hitam, hitam kan menawan!!! 

Jom cuba buat sendiri pau ni pun sangat lembut dan sedap, my fav adalah segala kacang-kacang ni jadi kalau dapat pau kacang hitam ni memang tak tengok yang lain dah...

2 comments:

  1. sedapnya pau ...kuih kegemaranku..

    ReplyDelete
  2. akak pun suka pau yatie, tapi anak2 tak suka jadi jarang buat, kalau dkt boleh akak tumpang je yatie heeeee

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home