Pedal Ayam Goreng Breadcrumbs Paprika Terlajak Laris

Pedal Ayam Goreng Breadcrumbs Paprika Terlajak Laris


Assalamualaikum dan salam rabu untuk semua, di harap sihat walafiat saja hendaknya ya disamping apa jua tugasan kalian, hari ni kaknoor nak kongsikan menu semalam, kebetulan ternampak ada pedal ayam di pasaraya, boring jugak makan ayam je, sesekali makan lah yg dalaman nya pulak, tapi tak boleh di amalkan sangat, kolestrol n i kan, tapi hari ni pejam mata dulu lah ya, jom tengok resepi mudah ni..



BAHAN NYA
200 gm pedal ayam
1 biji telur
1 cawan golden breadcrumbs
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil serbuk jintan putih
garam secukup rasa.

CARA NYA
1.  Pedal ayam, di hiris nipis dan perapkan dengan lemon atau limau kasturi 10 minit.
2.  Tos kan pedal dan biarkan kering, kalau perlu lap kan dengan tisu or towel bersih.
3.  Pecahkan telur kacau rata ketepikan.
4.  Breadcrumbs, paprika, serbuk jintan putih dan garam di satukan, kacau rata.
5.  Ambil pedal celupkan didalam telur, salutkan dengan breadcrumbs dan goreng sehingga kekuningan.
6.  Buatlah sehingga habis pedal, sedap di ratah atau dimakan dengan nasi.
7.  Cuma awal lah kalau ada kolestrol jangan ikut hati sangat ya haha...



Yang pasti pedal ni memang sangat sedap di goreng, bila dimakan time panas lepas di angkat dari kuali tu waduh sepiring boleh habis oooo, terlajak laris ni, cuba try kalau tak percaya haha...



7 comments:

  1. ya allah terlajak terliur dah ni kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. idzwa, akak yg terlajak makan ni ayoyo...

      Delete
  2. Salam Kak Noor,

    Saya suka saya suka! Tapi kena kurangkan lah makan organ dalaman ni.... tak elok katanya kan? Tapi saya tetap suka hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali layan je lah honey organ dalaman ni kan pejam mata kejabbb hehe

      Delete
  3. bb suka makan pedal/bedal ayam ni kak noor..selalu beli ja yang dipanggang..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali kena buat sendiri gak BB baru dpt makan banyak hahaa

      Delete
  4. Saya dah terlajak tergoda ni, Kak Noor :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home