Peri2 Chicken With Fresh Oregano From My Pasu Yang Pastinya Lazattt...

Peri2 Chicken With Fresh Oregano From My Pasu Yang Pastinya Lazattt...


ASSALAMUALAIKUM dan salam manis tanpa gula dari kaknoor buat semua nya yang masih sudi berkunjung di sini, hari ni kaknoor nak kongsikan menu yang sangat laris di rumah kaknoor, rasa nya mesti laris jugak di rumah adinda semua, cuma baca resepi betul2 dan kalau dah cukup bahan mesti buat tau, masa kaknoor buat peri2 chicken yang ala2 nandos ni sehari 2x buat tau sebab yang utk tengahari tu dah habis tak sempat nak tunggu sampai malam, lain kali kena buat 2 ekor ayam kalau utk 4 orang hahaha kuat makan kan, jom sekodeng resepi yuk, lagipun kaknoor guna oregano fresh from my pasu yalah lebih menyerlah kesedapannya tu,,,




BAHAN NYA
1 ekor ayam di bersihkan di potong 4
6 biji cili padi (ikut kepedasan masing2 nak tambah atau kurang)
1 biji cili capsicum
1 biji lemon di perah ambil nya
2 sudu besar paprika powder
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk oregano kaknoor guna oregano fresh di cincang
1/2 sudu kecil serbuk cili merah
1/2 cawan minyak sayur
5 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1/4 sudu kecil pewarna merah atau oren


CARA NYA
1.  Kisar cilipadi, capsicum, bawang putih, masukkan air lemon, paprika, garam,serbuk cili merah, cuka, lada hitam dan pewarna dalam bekas besar.
2. Kacau sebati tambahkan dengan potongan daun oregano fresh dan ayam, gaul  rata dan peraplah selama 1 ke 2 jam.
3.  Panaskan kuali tak melekat panggang lah ayam tadi sehingga kekuningan sebelah luar nya, lepas tu baru lah dimasukkan dalam oven untuk masak sepenuhnya selama 30-40 minit dengan api 170'C.
4.  Lebihan marinade tadi ditambah dengan sedikit air dan masak lah sehingga pekat.
5.  Boleh lah dihidangkan bersama ayam peri-peri ni.





Pertama kali masak ayam peri-peri ni sangat laris dan laku oleh semua pelanggan dalam rumah kaknoor, sangat sedap dengan rasa manis, masin dan masam, rasa macam nak ratah je semuanya. insya ALLAH lain kali kena buat 2 ekor ayam kot baru puas makan heehee




Ini lah pokok oregano kak Noor, asal nya di kasi oleh kawan kak Noor kecik je, lama-lama menjadi jugak dengan daun yang lebar, tapi jangan kena cahaya  matahari sangat daun nya jadi tak cantik, mudah sangat tanam oregano ni, bila dah panjang kita boleh patahkan dan cucuk lagi, dia tak mudah layu  isnya ALLAH akan terus tumbuh..





9 comments:

  1. Salam Kak Noor,

    Suburnya oregano kak noor... geram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam honey kaknoor pun tak sangka boleh subur macam tu kalau dekat leh bagi sikit heee

      Delete
  2. Wah...nampak lagi sedap dari peri2 chicken nando's, wajib cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha wajib tu nasa kalau dekat wajib jgk nak rasa yg nasa punya

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Noor...

    Dahlah macam nak nanges tengok ayam peri peri akak yang pastinya very sedap one. Bila scroll bawah nampak pulak oregano akak yang subur menghijau... ish, naperlah kita kalau tanam pokok, tak dapat sesihat ini? Badan kita yang kusmangat sihat, pokok yang ditanam, mati! Hahahaha... Redha je la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmslam mama, hahahaa lawaksss lah mama ni, rasa nya amik petua dari kaknoor kot meh nak hembus fuh kiri fuh kanan hehee adoiii best ape semangat badan tu angin tiup tak mudah terbang oooo

      Delete
  4. Asslmkum kak noor...sedapp ni..lauk kesukaan semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmulsam sury mmg semua fav ni kalau ala2 nandos kan

      Delete
  5. Salam kak nor..

    Nak tanya...hehe..minyak sayur tu utk apa? :)
    Dan lemon tu boleh ganti dgn yg lain tak?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home