Roti Canai Homemade & Kari Ayam Pencen Hasil Titik Peluh Sendiri

Roti Canai Homemade & Kari Ayam Pencen Hasil Titik Peluh Sendiri

ASSALAMUALAIKUM dan salam manis tanpa gula untuk semua, lebihkan manis dalam senyuman dan kurangkan manis dalam masakan.

Selamat hari minggu untuk semua, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi roti canai yang kaknoor sekodeng dari blog CHAH sebab memang teringin nak mencuba sendiri buat roti canai, memang boleh beli kat kedai mamak, tapi sesekali nak jugak rasa hasil titik peluh sendiri kan, sedap ke tak sedap ke, yang mamak dah gerenti sedap kan hahaa, sebab hasil titik peluh mamak, bukan nak memperlekehkan mamak tapi, dalam kita buat untuk makan sendiri pun dah kuar peluh apa lagi mamak buat untuk jual yang berkilo2 tepung tu adusss cuba adik2 bayangkan tentu banyak kilo jugak peluh dia kuar kan..

Tak susah pun sebenarnya roti ni jom cek resepi, untuk CHAH izinkan akak letakkan resepi kat sini ya insya allah nanti nak buat lagi dan lagi sebab sedap.


 Bahan-bahan:


1 kg tepung gandum
1 sudu besar gula
1 sudu besar garam
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 ½ cawan air
Marjerin


Cara-cara:
  • Campurkan susu, garam, gula, telur ke dalam air. Kacau hingga semua bahan larut.
  • Masukkan tepung dan uli hingga lembut dan lengan terasa mengecil 2 inci dari saiz asal.  Sambil uli sambil zikir, boleh?
  • Bentukkan bulat-bulat anggaran sebesar  genggaman. Sapukan dengan marjerin dan perapkan sekurang-kurangnya 4 jam. Sebaiknya  peram semalaman kerana masa semua orang tengah tidur, tepung dan marjerin sedang bermesra dan ketawa ria. Jadi esok mereka akan  lebih sebati.
  • Tebarkan seperti anda memang seorang yang pro yang dah bekerja di restoran mamak selama 7 tahun. Boleh juga tebarkan macam tebar kain cotton jepun yang orang jual kat pejabat yang dalam hati rasa nak beli tak beli. Atau leperkan-leperkan dalam dulang yang lebar, tarikkan hujung ke hujung adunan tepung ke tepi dulang. Lipat atau tarik memanjang dan pintalkan. (macam susah nak bagi penerangan  part ni)
  • Bakar (goreng?) dengan api perlahan dalam kuali leper. Balik-balikkan dan sapukan sedikit marjerin semasa proses membakar (goreng?).
  • Tepuk atau hempuk roti yang telah dimasak untuk lebih sedap dan tekstur roti yang lebih lembut. Terbaik!



BAHAN KARI
1 ekor ayam pencen dipotong kecil
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kuzi
2 sudu besar kerisek
2 cawan santan
1 sudu kecil paste 
1 batang serai di 
secukupnya kulit kayu manis, bunga cengkih dan lawang 
minyak, garam dan gula


BAHAN KISAR
 1 batang serai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu besar ketumbar disangai 
1 sudu jintan putih disangai

CARA

  • Panaskan kuali masukan minyak dan tumis lah bahan kisar, kayu manis, bunga cengkih dan lawang, pelaga dan serai yang diketuk sehingga wangi.
  • Dah keluar aroma nya masukan bancuhan serbuk kari dan kuzi, kacau rata, perlahankan api tutup tudung periuk supaya aromanya tak keluar.
  • Bila pecah minyak, buka tudung periuk masukkan ayam pencen, kacau biar ayam dan rempah bersalut.
  • Dengan menggunakan api yang perlahan masukkan santan dan masaklah sehingga ayam pencen lembut
  • Akhir nya masukkan paste asam jawa, garam, gula dan kerisek, dan masaklah sehingga pekat dan naik minyak lagi sekali.
  • Kari ayam sedia untuk dihidangkan dengan roti canai atau nasi putih.



Roti canai tu kak noor lipat je, kiri kanan atas bawah, tarik sana sini dan goreng, lepas tu dengan menggunakan tisu dapur akak tepuk2 je bagi lembut.  Memang sedap roti canai homemade lebih terjamin kebersihan, peluh yang keluar pun sendiri punya kan hahaha, bukan peluh mamakk...


10 comments:

  1. cantiknya kejadian roti canai akak tu..bb suka sangat makan..paling suka order roti telur..nak order bleh?heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau banding dgn mamak mmg out lah bentuk dia BB tapi alhamdulillah lebih bersih hehee

      Delete
  2. cerita pasal peluh kak noor, sebab tu banyak versi cerita tentang mamak ulik doh roti canai ini sampai ramai yang tak lalu makan...nak selamat buat sendiri cam akak buat ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maka nya Nasa sinambungan dari situ lah akak terpanggil nak buat roti canai sendiri, ingat orang melayu tk boleh buat roti canai ke kan kan hahaaha

      Delete
  3. I love roti canai but it looks very complicated when they make them at the mamak stalls in Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dont think very complicated Nammi, U must try dear heheee

      Delete
  4. Teringin gak nak buat roti canai sendiri,.... tapi nak menebar tu yang takut.... takut terlingkup atas kepala pulak he heheh... ada 2 aje alasan orang malas kan Kak Noor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat Mie nak seribu daya tk nak seribu daleh kan hahaaa belum terpanggil tu rasa nya..

      Delete
  5. Bila kak Noor sebut ttg peluh mamak ni...kembangnya tekak saya kak...pandai akk buat roti canai...yg sebenarnya jika ada kemahuan kan kak..saya ni kurang berkemahuan bab masak2 ni..tp suka sgt tgk resepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor pun ada jugak dengar macam2 pasal mamak dan roti ni itu sebab nya kak noor terpanggil nak menebar sendiri Aini

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home