Sambal Tempe Bilis Kacang Ranggup Sedap

Sambal Tempe Bilis Kacang Ranggup Sedap


Assalamulaikum semuanya, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi yang sangat mudah, dikala sibuk dengan macam-macam tugasan dalam dan luar rumah, jadi hanya sambal tempe ni je, jom tengok resepi yuk, tapi walaupun sebenarnya mudah ia nya sangat memikat selera kaknoor.






BAHAN NYA
2 keping tempe dipotong dadu dan goreng
1 biji kentang di potong dadu jugak di goreng
 Ikan bilis secukupnya di goreng
Kacang goreng secukupnya di goreng
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar gula merah
3 ulas bawang putih hiris
1 biji bawang besar hiris
sedikit minyak


CARA NYA
1.   Panaskan sedikit minyak, tumislah bawang putih sehingga garing masukan cili kering kisar.
2.   Kacau rata sehingga cili kering air nya,  masukan gula merah dan garam kacau sebati.
3.   Bila dah betul-betul kering, tutup lah api dapur.
4.   Masukkan tempe, kacang goreng, kentang dan ikan bilis, kacau biar bersalut dengan cili.
5.   Sedia untuk dihidangkan, dimakan begitu sahaja atau bersama dengan nasi.





Kalau tak suka makan dengan nasi putih boleh jugak makan dengan nasi goreng memang terlajak laris kalau makan dengan nasi goreng, sebab ranggup kacang tu waduh memikat selera dong!!!


4 comments:

  1. Bb suka Betul makan sambal Tempe ni kak noor..bb suka abiskan Tempe..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya amalan makan tempe mmg bagus BB kulit jadi halus dan mulus kan

      Delete
  2. Wallaaaa... kak Noor.... kalo saya ni ratah aje... habis sepinggan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor pun suka meratah ni Mie kalo panas2 wah mmg terangkat ni

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home