Sotong Kuning Ala Kak Noor

Sotong Kuning Ala Kak Noor


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua nya, harapan kaknoor semoga semua nya sihat walafiat disamping apa jua aktiviti kalian hari ni ya.  Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi mudah kegemaran si bungsu kaknoor, dari dulu masa dia kecil hingga sekarang ni dah besar panjang masih suka kalau sotong dimasak kuning macam ni, tapi memang sedap kita yang tua ni pun sebab lebih manis sotong kalau tak terlalu banyak bahan, jom tengok resepi dulu jom!!






Sotong Kuning

Bahan-bahannya

500gm sotong dibersihkan dan potong kecil
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 biji cili merah
1 biji tomato dibelah 4
sedikit potongan brokoli
Garam dan minyak untuk menumis
1 sudu kecil kunyit serbuk

Cara memasaknya
1.    Sotong yang telah di potong di gaulkan dengan garam dan kunyit.
2.    Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
3.    Masukan sotong gaul rata sehingga air sotong tu kering.
4.    Kacau sehingga sotong masak, masukan brokoli, garam dan cili merah.
5.   Sotong sedia untuk di hidangkan bersama nasi putih.





Kalau ada sotong dalam freezer tu boleh lah dimasak untuk esuk, yang ada anak kecil pun boleh makan sebab takde pedas langsung sebab hanya cili besar saja, ratah pun sedap ni tau...


8 comments:

  1. sedapnya.. biasa letak bawang merah tak letak halia. boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  2. Simple aje resepinya ya Kak Noor... yang simple dimple tu biasanya sodap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul MIe tak semestinya yg banyak songeh tu sedap sngt kan hahaha

      Delete
  3. Semoga ilmu yg dikongsi.. bermanfaat utk semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Sham mudahan ada manafaatnya utk semua

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home