Spaghetti Goreng Simple Dan Sedap

Spaghetti Goreng Simple Dan Sedap


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi semua nya, pagi ni nak kongsikan resepi mudah untuk sarapan pagi, biasa lah pagi-pagi kat rumah kaknoor tak main lah sarapan ringan-ringan mesti nak yang berat je, hari kaknoor kongsikan cara mudah nak masak spaghetti goreng, tak perlu banyak sangat bahan nya asalkan sedap ya tak??

Jom tengok bahan-bahan biasa yang ada kat rumah je..


BAHAN NYA

1/2 bungkus spaghetti direbus dan ditoskan
2 keping daging burger dipotong dadu
3 batang leeks di hiris kecil
3 ulas bawang putih
2 sudu kecil cili flakes*boleh abaikan kalau tak suka pedas
1 sudu kecil lada hitam
1 kiub pati ayam
2 sudu sos tiram
sedikit bawang goreng
sedikit minyak
sedikit garam dan gula 
sambal udang atau bilis secukupnya.

CARA NYA


1.   Tumbuk bawang putih sehingga lumat masukan lada hitam dan tumbuk perlahan sehingga lada hancur.
2.  Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumislah bahan tumbuk dan burger sehingga wangi dan garing
3.  Masukan leeks,  kiub ayam, sos tiram  dan kacau sebati sehingga leeks lembut.
4.  Masukan spaghetti,  garam dan sedikit gula jugak cili flakes
5.  Tak perlu lama sangat di atas api sebab spaghetti dah masak, kemudian angkat dan hidangkan dengan sambal pilihan dan bawang goreng.


KALAU ADA LEBIHAN SAMBAL MALAM TU BOLEH DI MAKAN DENGAN SPAGHETTI NI, BIASA NYA KALAU ADA SAMBAL UDANG KERING, MEMANG KAKNOOR SIMPAN, ESUK NYA GORENG SPAGHETTI UNTUK DI MAKAN BERSAMA.




OK Babai dulu ya dari Iman cucu kaknoor ni jumpa lagi esuk lusa hehee
Jangan lupa buat spaghetti simple tu ya


13 comments:

  1. Iman makan tak spaghetti Maktoknya tu... mesti podeh kan Iman ha hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iman suka podeh2 ni Mie no hal lah tu hehee

      Delete
    2. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

      Delete
  2. sedapnya..pagi tadi bb breakfast spaghetti..hihi..

    ReplyDelete
  3. yumm, love that cute little tot of yours.

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka goreng spagetti simple2 kalau tak nak makan nasi.
    Comelnya cucu Kak Noor :)

    ReplyDelete
  5. Kak Noor Aula pun suka masak tambah daging burger hehe.. ingat saya jer. ok la resepi simple ni macam sedap nanti nak cuba daging burger goreng spagethi plak

    ReplyDelete
  6. Simple sungguh dan sedp.. Blh dicube ni..

    ReplyDelete
  7. Simple sangat kan.
    Saya selalu buat warna gelap sikit.
    Hihi

    ReplyDelete
  8. Kak Noor, nak tanya tentang leek. Rasanya macam mana ye? Tak pernah masak guna leek sebelum ni :)

    ReplyDelete
  9. baru lepas mkn spageti tapi yang kak nor buat ni special pulak rsnya. hehe. goreng!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home