Sticky Rice Balls With Sambal Udang Yang Crispy

Sticky Rice Balls With Sambal Udang Yang Crispy

ASSALAMUALAIKUM  dan salam sejahtera untuk semua nya, hari2 yang busy dengan macam2 aktiviti luar rumah, biasa lah time hujan2 ni begini elok lah ditanam apa yang patut kat luar rumah supaya lebih segar bugar, bukan ape kalau duduk dalam rumah saja takde tengok dunia luar memang membosankan, lagipun masih bersemangat waja untuk jadi petani ni hehee, btw kita tengok saja nanti bila semua nya menjadi pasti akak masuk kesini buat masa ni kena tunggu dulu lah ya, jom tengok resepi hari ni ya, idea datang secara spontan ni...




SEBENARNYA  takde lah resepi yang tepat sangat untuk sticky rice balls ni, cuma masa kaknoor sedang buat pulut inti ikan bilis baru ni, terfikir nak bulatkan pulut ni dan letakkan sambal udang kering yang ada lebihan dalam petiais jadi, memang akak stanbye sikit lah untuk jadikan bebola pulut ni.  Ternyata memang sedap dan ranggup, cuma agak lambat membuatnya sebab pulut tu kan melekat jadi bila nak bulatkan agak susah .

Untuk resepi pulut tu boleh lah digunakan resepi mana2 pulut udang ya, disini akak kongsikan bahan untuk salut kan pulut tu saja ok.

BAHAN SALUT
Breadcrumbs  secukupnya
1 biji telur di pukul
minyak untuk menggoreng


Pulut kukus bersantan secukupnya
Jangan lupa sambal udang kering  secukupnya
Susah nak letak sambal bilis sebab panjang, sambal udang lebih senang.
Boleh jugak letak serunding ikan, daging atau ayam jugak ya.

CARA NYA
Ambil pulut sebesar ibu jari, letakkan inti didalam nya dan tutup kembali, bulatkan, kalau agak besar memang mudah tapi tak cantik kalau besar, jadi kena sabar lah nak cantik mesti kena kecik hahaa, lepas tu celupkan bebola pulut dalam telur dan golekkan didalam breadcrumbs, buatlah 2x telur dan breadcrumbs supaya lebih banyak melekat mudah bila menggoreng nanti.  Panaskan minyak yang agak banyak dan gorenglah sehingga kekuningan dan sedia untuk di nikmati.





SEDAP dan ranggup rasa nya lebihkurang pulut udang lah sebab ada udang kat dalam tu, tapi lebih ranggup sebab ada breadcrumbs kat luar tu, bagi kaknoor sticky rice balls ni lebih sedap dari pulut udang hahaha mesti kena cuba tau!!!



SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA
SIAPA PENCINTA PULUT MEMANG WAJIB BUAT NI TAU!!


6 comments:

  1. Aslmkum kak Noor

    rindunya dg blog kak Noor....byk tertinggal cerita...
    kreatif kak Noor buat pulut ball.....sesuai minum ptg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor pun rindu dgn mamasya dan jubah nya dpt jamu mata pun jadi lah kan, tiba2 je teringat nak buat pulut ball ni mamasya gohead je

      Delete
  2. Waaa..nak semangkuk Kak noorrrr!!!huwaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nak bagi BB kalau jadi jiran sebelah umah kakak tapiiiiiiiiiiiii itu lah kan banyak yg menghalang ni

      Delete
  3. salam kak noor..
    simple dan kreative ...kalu makan 10 biji biji pon tak sedaq nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslaam kaknita, betuiii 10 biji rasa macam sebijik ja kalau hantu pulut ni

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home