Tart Telur Bunga-Bunga

Tart Telur Bunga-Bunga



ASSALAMUALAIKUM  dan salam sejahtera untuk semua, alhamdulillah dapat berjumpa lagi malam ni ya dengan resepi yang sangat mudah jugak, biasa lah kalau kat sini memang hanya yang mudah-mudah je pun tak larat nak buat yang terlalu complicated sangat.

Resepi crust dan fillingnya akak ambil kat blog Masam Manis sebab akak rasa nya ia nya agak simple dan kebetulan bahan-bahan semua dah ada jadi gohead je, cuma crust tu akak terap dengan bentuk bunga dan letakkan didalam acuan muffin untuk kelainan sikit., tapi agak rumit lah, tapi cantik kalau untuk buat hantaran ke lebih menarik rasa nya.





TART TELUR
by : Zaidah

1 Tin susu Cair F&N
1 Cwn Air Suam
1/3 Cwn Gula Pasir (Klu Suka Manis Tambah Lagi)
1 Sudu Kecil Esen Vanilla
4 Biji Telur A
Sedikit Pewarna Kuning

Kacau gula dan air suam hingga gula larut
Bila gula dah hancur dan air telah sejuk masukkan semua bahan yg lain dan kacau rata
Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yg telah dibakar terlebih dahulu tadi
bakar semula dalam oven dgn suhu 180C mengikut kepanasan oven masing selama 20 minit

Adunan ni ita buat 1/2 adunan aje sebab nak samakan dgn kuantiti shell yg ita buat

TART CRUST ATAU SHELL 
by : Azlita

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling tart telur. 




Boleh try ya bentuk macam ni kalau ada yang berkenan, apa salahnya kita tukar-tukar bentuk tart ni kan, sebab dalam blog Ita dia buat bentuk love jadi why not akak buat bentuk bunga kan hehee...

10 comments:

  1. Aslmkm KakNoor. Waahhhh.... sweeetttttt sangat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalimuslam Long, sbb munge kan mestilah sweetss gitu hehe

      Delete
  2. Wah nampak sedap. Malam-malam blogwalk ni, lapar lah pulak.

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/10/resepi-homemade-play-dough-paling-mudah.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks suriya, siang pun lapar tau kalau nengok ni

      Delete
  3. Replies
    1. boleh su buat tapi design lain lagi nanti supaya bertambah kiut

      Delete
  4. cantiknya kejadian tat tu..akak, bb nak jugakkkk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jab nanti akak bagi ikut lappy ni ya BB hehe

      Delete
  5. Ya betul kak Noor, cantik dan comel! berapa saiz acuan bunga tart tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh sweetie, ni acuan muffin yg paling kecil lah tak tau pulak saiz berapa boleh gituuu kan main buat je

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home