Ubikayu Kukus Trafic Light Menu Nostagia.

Ubikayu Kukus Trafic Light Menu Nostagia.



ASSALAMUALAIKUM dan salam manis tanpa gula dari kaknoor buat semua yang sudi singgah di blog kaknoor, hari ni nak kongsikan menu tradisi yang dah lama kaknoor tak buat, kebetulan masa ke pasar terjumpa ada yang jual ibukayu kuning, terus berminat dan teringat nak buat gini, jadi nya selera tu dah kuat sangat makan macam ni, maka nya hari ni jadi lah ubikayu kukus trafic light walaupun hari ni sibuk bangattt, resepi nya mudah sangat pun jom kalau ada yang bekenan boleh lah try ya memang sedap I tell U....






UBIKAYU KUKUS TRAFFIC LIGHT

Bahan nya
1  1/2 cawan ubikayu yang sudah di parut, perahkan air nya.
1 peket santan serbuk
1/2 cawan gula atau 3/4 cawan gula merah
3 sudu tepung ubi
1 sudu margerin
secubit garam
kelapa parut secukupnya
pewarna merah kuning dan hijau


Cara nya
1.  Masukan semua bahan dalam besen besar kecuali kelapa parut, gaul sebati.
2.  Untuk lebih halus boleh jugak di kisar semua bahan tu.
3.  Bahagikan kepada 3 bahagian, warna kan.
4.  Lengserkan dulang dengan margerin, dan tuangkan setiap warna di dalam nya.
5.  Panaskan kukusan dan kukuslah sehingga masak lebihkurang 20 - 30 minit.
6.  Sejukan dan potong gaulkan dengan kelapa .
7.  Pastikan kelapa dah di campur sedikit garam.
8.  Hidangkan sangat sedap dimakan bersama dengan secawan nescafee kaw kaw.



Siapa yang belum cuba harus dicuba ni, resepi nya simple sangat tapi sedap dan berbaloiii, boleh makan dua tiga kali kalau tak habis just kukus lagi bila nak makan si trafic light ni akan lembut semula percaya lahhhhh...


15 comments:

  1. Wow..dari kaler yang Rona roni tu buat ubi kayu tu tambah menarik Kak noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik minat nak makan banyak ni kan BB hehe

      Delete
  2. Oh... kakak biasa buat ni Kak Noor tapi kakak buat tak cantik warna-warni. Kak Noor pandai mengolah jadi cantik.. Tapi kami di sini makan curah dgn air brown sugar... sebab kuihnya tak letak gula.

    Lain kali kakak nak buat cara Kak Noor ni.. menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalkan sedap ok jugak tu kakzakie walaupun tak cantik janji sodap ya tak, boleh lah try versi ni pulak next time ya

      Delete
  3. Replies
    1. alhamdulillah adda lembut dan enak sekali dong

      Delete
  4. Bila - bila bolehlah cuba Kak.. cantik berwarna - warni..

    ReplyDelete
  5. Assalam kak nor
    Suka sgt2 ni hehee
    Menu ubikayu memang sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kita mamasara pencinta ubikayu dulu kini dan selama nya hehee

      Delete
  6. tgk color2 nyer pun dh nampak sedap kak norr, tq share resepi yer

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home