Waffle Coklat Aiskrim Macam-Macam Ada..

Waffle Coklat Aiskrim Macam-Macam Ada..


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua nya, semoga sihat walafiat nya disamping tugasan harian, hari ni kak noor nak kongsikan resepi waffle breakfast  pagi tadi, biarlah bersejuk-sejuk dengan aiskrim asalkan sedappp kan.





BAHAN NYA
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayur
1 sudu besar gula
4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan sampingan, aiskrim, coklat hersheys. coklat  M&M, kekacang badam dan apa saja fav.

CARA NYA
1.  Pukul telur sehingga kembang, campurkan tepung, susu, minyak, gula, baking powder, garam dan vanila.
2.  Campurkan esen vanilla dan kacau rata.
3.  Panaskan waffle maker, sapukan sedikit minyak dan tuangkan secukupnya adunan batter.
4.  Masaklah sehingga 2-3 minit sehingga keperangan, angkat dan hidangkan bersama filling kegemaran.
5.  Disini kaknoor letakkan aiskrim vanilla, picitkan coklat hersheys, taburkan kekacang apa yang ada kat rumah..
6.  Waffle ni rasa nya lebih ranggup daripada biasa dan sangat sedap.





Idea ni kaknoor ambil masa makan kat UK baru ni, sedap sangat sebab banyak-macam di letakkan kat atas waffle tu, tak terfikir pulak nak letak segala kekacang apa saja, coklat M& M dan aiskrim.
Bagi kak Noor lagi banyak kekacang lagi best.. boleh try lepas ni apa saja yang ada kat umah boleh di letakkan kat atas waffle tu.

10 comments:

  1. assalam
    sedapnya kaknor, blh try resepi wafer kak nor ni
    mcm 2 blh letak ikut selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmulsam mamasara, betul ikut selera sendri apa saja terfikir boleh letak kita yg buat dia kan

      Delete
  2. Salam Maal hijrah Noor. tahun baru ni menjejeh ayak lioq tengok tayangan amal waffle ni.... camner nak buat ni???? x de waffle maker, buat guna koli bole ker.... tukar nama jadi lempeng macam2 ado! hadooooiiii la!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ucapan yg sama utk kakrose jugak ya, kalau gitu kena import waffle dari sini lah kakrose camne ok tak hari2 i hantar depan umah dgn waffle ni

      Delete
  3. Meriahnya waffle coklat aiskrim Kak Noor... makan ajelah nan sejuk2 pepagi hari... asalkan bahagia kan Kak Noor... ha hahahha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selera ditangan tukang masak Mie, apa saja terlintas mmg boleh saja di letak atas waffle tu kecuali jgn letak batu je kan kan

      Delete
  4. fuiyooo..nmpak marvelous tu kaknoor..selalu mkn waffle a&w jek..nak wat sendiri xder waffle-maker..sob..sob!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar doc waffle a&w pun sodap kan, so tkyah lah susah2 nak sendiri kan.

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home