Cekodok Gebus Gebas Rasa Nya Ala-Ala Kek Gitu

Cekodok Gebus Gebas Rasa Nya Ala-Ala Kek Gitu

ASSALAMUALAIKUM semua rakan-rakan blogger yang selalu singgah keblog kaknoor, hari ni nak kongsikan resepi yang selalu kita buat di rumah, tapi kali ni rasa nya agak lain sikit lah sebab cekodok ni ada IBU CEKODOK, first kita kena buat ibu dulu baru jadi nya gebus mulus macam gambar di bawah ni, TERIMAKASIH banyak utk my adinda HUDA yang berada jauh di MIDDLE EAST sekarang ni, kaknoor kongsikan resepi HUda kat sini ya.





  • Bahan Untuk Ibu jemput-jemput 
  • Beberapa biji pisang yang ranum dalam 10 biji pisang kecil
  • 3/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu teh ground cinnamon
  • secubit garam
  • Jadikan  2 cawan ibu jemput-jemput

Cara membuat Ibu jemput-jemput

  • Lecek pisang hingga hancur dan campurkan dengan semua bahan-bahan lain 
  • Simpan beberapa jam supaya gula benar-benar cair, simpan dalam petisejuk  semalaman pun lebih baik
  • Kalau kebetulan ada pisang yg ranum tu boleh buat ibu jemput-jemput  ni dan simpan dalam petisejuk sebab ianya tahan sampai seminggu
Cara memasak nya
  • 2 cawan ibu jemput-jemput
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar bicarbonte soda
Ayakkan bicarbonate soda kedalam tepung dan gaul rata,kemudian tuangkan ibu jemput2 dan gaullah sampai sebati,adunan memang agak pekat dan kental,kemudian gorenglah dengan minyak yang sederhana panas,sentiasa dibalik2an supaya jemput2 sama rata masaknya.bila dah masak angkat dan hidangkan.





* Jemput2 ni sangat sedap sebab tekstur nya macam kek gebus gitu tak percaya cuba lah bila dah ada pisang tu buat dulu ibu jemput2 tau, lagipun cekodok ni tak berminyak dan tak puas makan rasa nya..


13 comments:

  1. Wow..besar dan gebunya Ibu jemput2 Kak noor..fuh, mkn 2-3 biji pun dah ckup ni Kak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu jemput2 yang belum masak BB, maksudnya kena buat ibu dulu baru lah kita bancuhkan ibu tu dengan tepung baru lah jadi gebus macam ni

      Delete
  2. first time dengar pasal ibu jemput2.menarik juga bila jadi gebu camni kan kak noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap Su, kaknoor sejak tau ibu jemput2 mmg dah tak buat yg pesen lama kita buat dulu2 mesti nak buat yg ada ibu jemput2

      Delete
  3. Glamer betui resepi Huda ni. Walau tuan badan tak glamer tapi alhamdulilah menjadi rujukan ramai org. Murah rezeki Huda

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama glamer ni Ros resepi Huda the bestt lah dan dah di cuba disana sini semua nya menjadi

      Delete
  4. owh byk step jgk ea k.nor..gula merah mmg wat rasa gebus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk mudahkan kita masa ada pisang masak tu, buat saja ibu jemput dulu zila, dan simpan dalam petiais, dua tiga hari pun thaan jugak disimpan hatta seminggu kata tuan punya resepi, bila dah teringat nak buat dan tak busy kuarkan saja dan campur tepung dan bahan lain, mudah kan...

      Delete
  5. 1st time dengar ibu jemput2..hehe..

    perkongsian menarik..resepi yg menyelerakan! Anak2 mesti suka..
    Mohon share resepi ni ye admin..

    Jemput ke blog saya :
    http://norzuryati.blogspot.com

    ~perkongsian tentang kisah hidup, rumahtangga, anak2 yg comel, tips kesihatan, tips kecantikan dan lain2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila kan share Norzuryati, thanks sudi singgah sini insya allah nanti kaknoor melawat ya

      Delete
  6. jemput jemput pun ada ibu...hehe..biasa buat jemput2 mesti serap minyak..tapi kak noor punya macam cantik jer macam sedap jer macam gebu jer

    ReplyDelete
  7. gerenti guna ibu jemput2 tak serap minyak yanty mesti try tau

    ReplyDelete
  8. terima kasih kak noor..jadi..tak serap minyak..makan pun lembut jer..buat pertama kali makan jemput jemput pisang yang tak berminyak..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home