Cream Horn Pastry Puff Yang Ranggup

Cream Horn Pastry Puff Yang Ranggup


ASSALAMUALAIKUM dan salam isnin semua nya.
HARI yang sangat semalam tak sempat nak update blog, ALHAMDULILLAH 
hari ni dah rileks sikit, walaupun sebenarnya baru je lepas siap buat nasi kerabu untuk order.
CREAM HORN ni dah dua tiga buat baru ada masa untuk update jom cek resepi!!





BAHAN FILLING
3 biji telur kuning
1 cawan gula *boleh kurangkan kalau tak suka manis
3 cawan susu segar
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu besar esen vanilla
Adunan ni agak banyak boleh buat separuh saja kalau pelanggan tak ramai ya..

1 peket puff pastri KAWAN

CARA NYA
1.   Pukul kuning telur dan gula sehingga kembang dan putih, masukkan susu segar sedikit demi sedikit.
2.   Kacau sehingga rata, masukkan tepung gandum, tepung jagung & vanilla dan kacau sehingga bersatu.
3.   Dengan menggunakan api yang sederhana, masaklah adunan filling sehingga pekat dan berkilat.
4.   Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan kedalam horn pastry.

CARA MEMBUAT CREAM HORN
1.  Ambil sekeping puff pastry, gelekkan di papan canai sehingga nipis, terpulang lah kalau nak horn yang agak besar, potong dua, dan kalau yang kecil potong 3 bahagian pastry tadi, Balutkan pastry tadi di kon yang seperti dalam gambar di bawah, ikut kreativiti sendiri ya, lepas tu tekan-tekan pastry tu supaya melekat di kon, dan bakar lah sehingga masak selama 15-20 minit dengan suhu 150'C. Buatlah sehingga habis pastry, untuk cepat kena sediakan lebih banyak kon tu insya allah tak lama menunggu untuk masukkan filling.  Bila horn dah sejuk, kita hanya paipkan saja filling yang telah di masukkan dalam piping bag disetiap horn kita dan kemudian dah boleh makan.
MUDAH KAN!!!





INI lah kon yang kaknoor guna untuk balutkan pastry tu, balut dari ujung yang kecil ke bahagian yang besar, lebih banyak kon lebih cepat proses kita, ada jugak yang letakkan whipp cream dalam horn ni terpulang citarasa sendiri lah kita yang nak makan, nutella pun boleh jugak di letakkan, tapi ikut selera orang veteren ni suka filling custart lah sesuai dengan usia haha...maybe orang muda suka whip cream kot or nutella.

7 comments:

  1. Nampak sedap dan mudah tu Kak Noor.. anak2 mesti suka ni.. nak save dulu resepi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak kaknoor mmg fav ni yatie, tapi diaorang suka filling cream la pulok

      Delete
  2. owh kna beli kon dulu ni kak nor..menarik la..suka zila tgok..ta kak brkongsi idea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah zila, akak pun hanya ada 12 kon saja tapi berbaloii cepat siap..

      Delete
  3. Ermmm best ni...kon saya dah punya...belum pernah guna...boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  4. lebih mudah tu rahel bila dah ada kon ni..senang bah kerja

    ReplyDelete
  5. Wah, sedap je nampaknya ni... Nak share resepi ye kak... Mesti anak2 suka...

    Jemput ke blog saya kak>> http://vitaminterbaikku.blogspot.com/

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home