Cucur Crabstick With Jagung Simple Dimple Sedap

Cucur Crabstick With Jagung Simple Dimple Sedap


Alhamdulillah cucur crabstick ni resepi pagi semalam, nak cepat jugak sebenarnya,nak kehospital tengok cucunda Iman, jadi capai je mana yang ada kat dalam frezer tu, bahannya semua yang biasa saja, jom tengok resepi walaupun simple tapi tetap sedap dan ranggup.





BAHAN NYA
1 peket crabstick di belah dua setiap satu nya
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 tongkol jagung di ambil biji nya
sedikit serbuk paprika
sedikit kunyit serbuk
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng
boleh tambah daun bawang atau daun sup untuk mencantikkan cucur crab ni tapi kaknoor dah kehabisan keinginan nak makan lebih kuat jadi buat dulu apa yg ada kat umah.


CARANYA
Campurkan saja semua nya dalam satu bekas, kacau rata dan tambahkan dengan air sedikit demi sedikit, dan rasa lah, cucur ni lebih ke masin sikit ya baru sedap, dah sebati adunan boleh lah di goreng didalam minyak yang panas, dengan menggunakan sudu cedokkan separuh crabstick yang disalut dengan tepung yang berjagung tadi dan goreng lah sehingga kekuningan dan ranggup.  Sedap dimakan waktu panas bersama kopi atau teh idaman kalbu.




Resepi macam ni 10 minit dah siap, kekadang bila nak cepat kita akan terus buka petiais dan frezer tengok apa yang ada, yg mana nampak pada pandangan mata terus grab dan mereka menu, macam crabstick ni jugak pantas dan cepat tapi hasil nya alhamdulillah sedap.


5 comments:

  1. Salam K.Nor...semoga k.Nor sihat sekeluarga sihat hendaknya....bahan2 senang dan membuatnya pun nampak senang...makan panas2 waktu musim ujan nie mmg mantop....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Has akak sihat cuma cucu je yg kurang sehat sikt tapi alhamdulillah esuk lusa oklah tu, jgn lupa try tau sbb seanng ssngt tu

      Delete
  2. Sedap masa panas-panas dengan kopi O... sambil duduk-duduk kat berandah ..Pergh! pandang-pandangkan Iman tu sekali ya... jangan leka dan sedap sgt mengunyah crabstick... kang dia pergi main air ujan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah sweetie, kunyah2 jugak ni tapi Iman is no 1 mesti jaga punya don worry dear, mm gsedap ni layan dgn kopi kaw2 adoii hantu kopi ni maktok ni tau

      Delete
  3. Sedap kak noor..boleh cuba ni..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home