Gulai Siam Pucuk Kayu Yang Mengancam Jiwa Ku..

Gulai Siam Pucuk Kayu Yang Mengancam Jiwa Ku..



ASSALAMUALAIKUM  dan salam sejahtera untuk semua yan masih sudi berkunjung di blog kaknoor. hari ni kaknoor nak kongsikan resepi sayur kampong yang ada kaknoor tanam di sekitar rumah.  Kalau dulu first time buat ni memang tak banyak daun-daun kayu kaknoor letak, tapi kali ni disebabkan daun tu dah melimpah ruah kat dalam pasu tu, jadi kaknoor pun kutip dan masukkan dalam gulai ni ternyata gulai ni lebih mengancam dan lebih sedap, tapi pada yang tak sukup syarat boleh lah letak apa saja yang ada kat rumah ya, insya allah kita yang buat dia kan pasti lazat jugak kalau cukup asam dan garam nya.





BAHAN NYA

  • Pucuk ubi, pucuk mengkudu,  pucuk kadok, pucuk kemangi, daun kesum, bunga kantan, pucuk bebuas secukupnya, kalau ada terung pipit pun boleh jugak dimasukkan.
  • Sebenarnya yang penting ada adalah pucuk ubi, kadok dan mengkudu, yang lain tu sampingan je, kalau ada lebih sedap, takde pun akan jadi jugak cuma kurang wangi.
  • 5 helai daun limau purut dihiris kecil 
  • 1 batang bunga kantan dihris kecil
  • 10 biji cili padi hijau dan merah *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 sudu besar ketumbar goreng tanpa minyak dan kisar 
  • 1 sudu besar jintan putih goreng & kisar
  • 1 inci kunyit hidup *
  • beberapa keping ikan tahai yang sudah di perisi, atau ikan masin biasa pun boleh
  • 1 cawan santan atau lebih
  • 1 keping asam keping
  • sedikit kerisik
  • garam dan gula secukupnya

CARA NYA

  • Semua pucuk dan daun dihiris kecil  dan direbus untuk menghilangkan pahit nya tu,kecuali kemangi, kesum dan kantan. 
  • Kisar bahan yang bertanda * sehingga hancur dan masukan dalam periuk bersama separuh dari santan tadi dan masaklah sehingga mendidih kena kacau selalu supaya ia tak pecah minyak
  • Masukan daun - daun dan ikan tahai atau masin, ketumbar, jintan putih dan separuh lagi santan, masukan garam, gula, asam keping  dan kerisik dan kacaulah sehingga sebati dan lembut
  • Kalau kurang santan boleh lah ditambah lagi untuk yang suka berair dan berkuah,akhir sekali masukan daun limau purut, daun kemangi, kantan dan kesum  yang telah dihiris halus
  • Masak lah sehingga terbit aroma dan boleh lah ditutup api
  • Ready untuk makan dengan nasi panassss...





ALHAMDULILLAH memang lazat sangat sayur ni diratah begitu pun ok, apa lagi di mkan dengan nasi putih memang terangkat tau i tell u.


2 comments:

  1. Sedap ni kak noor..sy suka mknan kampung2 gini

    ReplyDelete
  2. kalaau mkanan macam ni kalah ayam daging segala kan cheqda, yang kampongan ternyata berbeza chewahh..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home