Ikan Lengat Kedah Style & Air Asam

Ikan Lengat Kedah Style & Air Asam



ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi kamis untuk semua yang sudi singgah di blog kaknoor.
Menu hari ni ada lah ikan lengat menu tradisi orang-orang Kedah, boleh dikatakan menu sihat jugak lah sebab takde minyak, cuma kalau masak macam ni, nasi jadi terlebih makan lah pulak, jadi kolestrol lah pulak kan, apa-apa pun sendiri punya diri pandai-pandai adjust lah, biarlah bersederhana dalam makan ni kan demi menjaga kesihatan.





BAHAN IKAN LENGAT
4 ekor ikan kembung di bersihkan
1/4 cawan air asam jawa
sedikit garam, gula dan kunyit
1 batang serai di ketuk

CARA NYA
Masukkan ikan dalam kuali, susun buat satu barisan hehee, letakkan serai di atas ikan, gaulkan air asam jawa, garam, gula dan kunyit dan siramkan di atas ikan, dan masaklah dengan api yang kecil, kalau perlu tambahkan sikit air dan masaklah sehingga air kering dan ikan lembut.
Sedia dihidangkan bersama air asam.


BAHAN AIR ASAM
2 biji tomato di hiris kecil panjang
6-7 biji cili padi di tumbuk
2 biji cili besar hiris
1/2 biji bawang besar hiris
3 biji limau diperah ambil air
sedikit belacan bakar
garam dan gula sedikit

CARA NYA
Gaulkan semua bahan tambahkan sedikit air, nak sedap gaul dengan tangan sambil di picit-picitkan tomato dan bawang biar lembut, kalau suka boleh tambah kerisik.  Kalau tak suka lemak-lemak dah boleh dimakan air asam tu, sampingan nya boleh gorengkan kangkong yang di potong besar masak sekejab di atas api.



Air asam dan ikan lengat ni memang sedap dimakan dengan nasi putih ditambah sedikit ulaman memang menjadi lah makan nya tu, boleh try kalau tak percaya..

11 comments:

  1. wah..menggiurkan menu kak noor pagi2 ni..laparrrrrr.. :)

    ReplyDelete
  2. Wah sedap nmpk kak noor..boleh cuba nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cheqda silakan sbb simple dimple mmg terangkat

      Delete
  3. Assalam Kak Noor...Alhamdulillah nampak Akak sihat...siap dengan hidangan yang mengancam keimanan ....menitis air liur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslam wati, alhamdulilah sihat ada nya akak harap wati sihat walafiat jugak ya, kekadang teringin nak buat yg tersangat simple supaya save time

      Delete
  4. alhamdulillah, sedapnya kak noor
    memang bertambah ni
    nak2 kalau lauk tu ada rasa masam-masam saya suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tihara makan yang masam2 ni potong segala kolestrol dalam badan kat aorang lah

      Delete
  5. wow!!...lama SB tak jenguk dapur kak Noor. makin cantik blog nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimaksih sue, ni pun gara2 pencuri cuba seludup gambar hahaha terus lah anak-anak make up sikit, kalau harap kaknoor tak reti semua ni , pandai update blog ambik gambar ok lah hahaha

      Delete
  6. mak saya selalu buat ni.. kdg2 ikan lengat tu digorengnya. sedappp cicah air asam

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home