Ikan Peri-Peri Yang Ala-Ala Nandos Sedap...

Ikan Peri-Peri Yang Ala-Ala Nandos Sedap...


ASSALAMUALAIKUM
Rentetan dari ayam peri-peri yang sangat SEDAPPP & ramai pulak yang share di fb, dari pages Dapur Kak Noor yang  dimasak sebulan lepas hari ni kaknoor nak kongsikan ikan peri-peri, boleh lah guna ikan apa kegemaran masing-masing, disini kaknoor guna ikan talapia sebab sangat jatuh cinta dengan ikan ni, lagipun isi nya lebih lembut, semua bahan nya sama saja denga ayam peri-peri cuma tukar ke ikan je, rasa nya akak lebih suka ikan sebab dapat gigit-gigit tulang dan kepala ikan tu hahaha hantu kepala ni kaknoor..

Kalau ada yang masih ingat resepi nya boleh lah terus cuba kalau sudi ya, dan kalau belum boleh tengok resepi di bawah ni ya.



BAHAN NYA
3 ekor ikan talapia di bersihkan dan di tos kan.
6 biji cili padi (ikut kepedasan masing2 nak tambah atau kurang)
1 biji cili capsicum
1 biji lemon di perah ambil nya
2 sudu besar paprika powder
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk oregano kaknoor guna oregano fresh di cincang
1/2 sudu kecil serbuk cili merah
1/2 cawan minyak sayur
5 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1/4 sudu kecil pewarna merah atau oren


CARA NYA
1.  Kisar cilipadi, capsicum, bawang putih, masukkan air lemon, paprika, garam,serbuk cili merah, cuka, lada hitam dan pewarna dalam bekas besar.
2. Kacau sebati tambahkan dengan potongan daun oregano fresh dan ikan gaul  rata dan peraplah selama 1 ke 2 jam.
3.  Panaskan kuali tak melekat panggang lah ayam tadi sehingga kekuningan sebelah luar nya, lepas tu baru lah dimasukkan dalam oven untuk masak sepenuhnya selama 30-40 minit dengan api 170'C.*boleh terus panggang sehingga masak
4.  Lebihan marinade tadi ditambah dengan sedikit air dan masak lah sehingga pekat.
5.  Boleh lah dihidangkan bersama ikan peri-peri ni.





LEPAS keluar resepi ayam peri-peri ada seorang rakan fb yang msg kaknoor bagitau dah cuba dan sedap sangat resepi nya, sampai hubby nya tanya dari mana dapat resepi, heheeh alhamdulillah yang sedap-sedap ni biarlah di kongsi bersama kan, memang sedap resepi ala-ala nandos ni.


16 comments:

  1. Aduhai kak noor.. terliur tengok ikan peri peri ni.. bila lah saya nak mencuba resepi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rugi mencuba serius ni, sangat sedap sos dia tu percayalah hahaha

      Delete
  2. Kakak tak pernah makan dan masak cara ini Kak Noor.
    Ada masa teringat nak juga mencuba sebab baca resepinya terasa sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti cuba kakzakie rasa nya agak berlainan sikit dari sos biasa tu wallahhh

      Delete
  3. Hari tu tengok ayam peri-peri kak noor dah jatuh cinta...ini ikan pulak, lagi tergolek saya sebab hantu ikan kalah meow....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Nasa, lepas ni mesti cari ikan talapia tau dan buat ikan peri2 ni, sama lah kita ngalah kan kucing lagi suka ikan, sampai biji mata ikan pun kena korek hahahaha

      Delete
  4. alhamdulilah ada pun..yan mati kutu dibuat nya..beberapa ari tak jamu mata dengan masakan kak noor..bayangkanlah..yan nak email kak noor pun pihak google tendang..alhamdulilah..ada balik..windu celoteh akak..

    ReplyDelete
  5. oh yeke yan, kesian nya sampai mati kutu ke tkde kaknoor hahaha, yalah problem orang curi gambar tu, jadi nya akak stop lah dulu update dan tutup blog utk public, alhamdulillah skrg smua dah settle,sampai sanggup nak email segala ke?? boleh contact kaknoor terus kalau rindu tau, boleh wassap no ni
    +673 8739160, mana tau suatu hari yan ke brunei boleh jumpa kaknoor

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. hp yan x leh wassap..huhu...insyallah..kalau di izin tuhan..amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe yan msg pun ok tapi kena bayar lah,kalau wassap free hehe

      Delete
  8. Kak noor bila tgk terus terliur...

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Noor,

    Banyaknya entry??? Akan ku gagahkan baca satu persatu ya hihi

    ReplyDelete
  10. waalimkuslam honeyyy
    how are U dear..
    slow and steady ya

    ReplyDelete
  11. sangat sangat terliur tengok ikan tu kak Noor....harus cuba resepi ni...kecurrrrr....

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home