Kari Nenas Ikan Talang Tumis Darat

Kari Nenas Ikan Talang Tumis Darat


ASSALAMUALAIKUM dan salam 9 muharram untuk semua nya, mesti ada yang puasa hari ni, 9 muharram hari Tasua elok kita berpuasa ikut sunnah Nabi kita Muhaammad saw, tapi kalau ada keuzuran boleh saja berbuka ikut kemampuan masing-masing lah.

Berbalik resepi hari ni kaknoor nak kongsikan resepi kari nenas ikan masin ni resepi kegemaran orang-orang kedah sejak dulu hingga kini, jom tengok resepi..





Kita hanya perlukan
Nenas segar dipotong kecil/boleh jugak guna nenas tin kalau dah tak sabar hee
1 cawan santan pekat
3 sudu serbuk kari di bancuh dengan sedikit air panas
potongan ikan masin talang atau ikan masin apa-apa pun ok
1 inci halia dihiris
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit minyak untuk menumis
kulit kayu manis, bunga cengkih dan lawang secukupnya

Masukkan bancuhan serbuk kari dalam periuk bersama sedikit air dan renihkan sehingga serbuk kari betul-betul masak, masukkan nenas dan ikan talang, kacau biar rata dan masaklah sehingga nenas keluar airnya masukkan santan., letakkan sedikit garam sebab ikan masin dah masin kena rasa dulu lah takut terlebih garam pulak.  Dalam kuali lain panaskan sedikit minyak, tumislah rempah lima dan bahan hiris tadi sehingga kekuningan dan curahkan bahan tumis kedalam periuk kari, kacau rata dan boleh lah diangkat.

Sedap dihidangkan bersama dengan nasi panas memang terbaik dari ladang.
Kari ni tak perlu letak asam sebab nenas dah rasa masam-masam manis, jadi jimat asam jawa atau asam keping kan..



Kalau masak kari ni nasi kena masak lebih sikit takut terlajak rugi hahaha, adusss sedang lapar tengok kari ni macam-macam perasaan datang, pada yang belum try boleh lah mencuba, tak payah nak cerita panjang memang terbukti sedappp,


2 comments:

  1. kalau dah namanya kari nenas ikan masin Kak Noor... tumis darat ke tak darat memang nasi tu tetap bertambah punya.... hohooohooo...

    ReplyDelete
  2. yang tak berapa sihat tu contohnya yg masin2 yang manis2 yg lemak2 mmg fav semua Mie, tambah nasi belakang kira janji mulut puas hati haha

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home