Kek Keju Mangga Marbeles Sangat..

Kek Keju Mangga Marbeles Sangat..


ASSALAMUALAIKUM  dan salam sejahtera semua nya, ini gara-gara selalu tengok dalam tv channel masakan AFC, LIFETIME dan macam2 channel lagi buat anak kaknoor teringin nak makan kek keju mangga ni, mangga dah beli  dua tiga hari lepas tapi sebab kesibukkan masa asyik tertanggguh je, alhamdulillah hari ni dapat tunaikan hajat anak sulung kaknoor
ALHAMDULILLAH hasilnya sangat memuaskan, resepinya kaknoor copy dari 
Buku Variasi Hidangan Berkeju keluaran karangkraf, berbaloi beli buku ni macam-macam resepi ada kat sini.




BAHAN NYA
1 biji kek span bersaiz 9 inci di belah dua di letakkan didalam dasar tin bulat 9 inci "loose tin"

BAHAN KEJU
250 gm keju krim
90 gm gula kastor
250 gm krim putar UHT
60 gm air
15 gm gelatin halal
2 biji mangga masak dipotong dadu
80 gm mangga masak & sedikit air dikisar jadikan puri

CARA NYA
1.  Pukul krim putar hingga kembang dan pekat, simpan dalam petisejuk sekejab.
2.  Dalam bekas lain pukul keju dan gula sehingga kembang dan berkrim, masukkan puri mangga.
3.  Kacau sebati.
4.  Satu kan gelatin dan air dalam sebuah periuk kecil,panaskan cara double boil sehingga gelatin cair. Sejukkan hingga sedikit suam.
5.  Tuangkan gelatin kedalam adunan keju, diikuti dengan krim putar, gaul sebati dan masukan buah mangga dadu. Kacau rata.
6.  Tuangkan adunan cheese ni keatas lapisan kek span, ratakan dan simpan dalam petisejuk 3 jam.
7.  Dah cukup sejuk boleh lah dipotong dan di nikmati kek yang sedap ni.




Sangat sedap dan yummy kek ni walaupun pertama kali buat kek macam ni tapi rasa nya akan buat berkali-kali menunggu stok mangga masak.


4 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Noor...

    Gambar pun dah mabeles, inikan pula rasanya! Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah mama sesekali biru kan mata kelabu ni kan hahaha very marbeles i tell u

      Delete
  2. Sangat mabeles kak noor...dingin jea tekak melihatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cheqda kalau makan time tenghari adoiiitak cukup satu slice tu laju ja masyukkkk

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home