Kek Pisang Marble Susu Yang Sangat Gebu

Kek Pisang Marble Susu Yang Sangat Gebu


ASSALAMUALAIKUM dan salam rabu untuk semua yang sudi di blog kaknoor dan meninggalkan komen-komen anda, kaknoor sangat-sangat menghargai nya, cuma kekadang kekangan masa tidak mengizinkan akak untuk berkunjung semua blog adik-adik semua, tapi insya allah bila ada kelapangan pasti akak akan berkunjung balas ya. 
Resepi simple yang ingin di kongsikan hari ni ialah kek pisang marble, walaupun kurang marble nya tapi rasa nya sangat lembut dan sedap.  Resepi ni akak intai dari blog MASAM MANIS inilah pertama kali buat kek marble itu lah kurang menjadi marble, insya allah esuk lusa try lagi, kalaUnak tengok yang cantik boleh lah ke blog MASAM MANIS pasti adik-adik semua akan tertawan.








KEK PISANG MARBLE SUSU
by:  Ros Jintanmanis

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila - ita letak esen pisang
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

* Untuk pisang ita guna 5-6 biji pisang emas. Kalu guna pisang yg agak besar cukuplah 4 biji. 


Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat
Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan
Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati 
Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila
Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko,
kacau sebati dan ketepikan.
Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inc
Loyang tu sapu buter dulu dan alas dasar loyang degn kertas baking
Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi hgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu.
Ita guna acuan silicon anggaran 8inc 
Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu
Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,
Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai




SORRY ya sebab kurang menjadi marble nya tapi rasa nya tetap mantop dan malatop gebus gebas sekejab saja anak-

14 comments:

  1. Sedapnya tengok kaknoor .. nampak kegebuan kek tu wlpn marble nya tak brpa nak jadi tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. confirm sedap yati, kek yg cepat laris di rumah kaknoor ni..

      Delete
  2. sy dh cuba..
    memang sdp.
    sy ltak perisa coklat & pandan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu syapex lembut dan gebus, next time boleh try perisa coklat pulak, yg pasti mesti nak buat lagi

      Delete
  3. Saya suka kek pisang kak Noor... dan kalau buat saya suka letak dalam acuan mufin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa pun akak suka letak dlm acuan muffin tapi kali ni nak buat marble tapi marble nya kelaut sudah bahhh...haha

      Delete
  4. jenguk resepi kek pisang marble di sini kak Noor :D.

    ReplyDelete
  5. sedapnya buat minum petang...nampak gebu texture keknya kak..sukaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul rahel buat minum petang pagi semua nya bisa, btw dah habis pantang ke ni

      Delete
  6. Assalamualaikum knoor..nampak gebu sungguh...cam dah terasa2 kt tekak ni akan keenakan kek pisang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmulsam ummi, kalau dah terasa ditekak harus di cuba tu ummi

      Delete
  7. Kek Pisang super gebu satu... (satu dulang yer...) hahaha... sedapnya nampak...

    ReplyDelete
  8. tq share resepi ni kak.. nnti nah suh angah cuba buat !

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home