Ketupat Palas With Serunding & Kari Daging

Ketupat Palas With Serunding & Kari Daging


ASSALAMULAIKUM dan salam manis tanpa gula untuk semua nya.
KALAU dah teringin nak makan ketupat tak kira hari apa kan, walaupun takde perayaan apa-apa, tapi sebab terjumpa daun palas baru-baru ni jadi terus terlintas nak buat ketupat, lagipun di Brunei susah nak dapat daun palas, kebetulan jalan-jalan ketamu Tutong baru-baru ni terus lah beli dan esuknya terus buat ketupat hahaha, tak sabar nak makan kan.

Resepi pun taklah susah sangat pun, lagipun anak-anak dah terjumpa serunding jugak kat supermarket jadi nya kaknoor hanya buat kari saja sebab kari memang fav kaknoor untuk makan dengan ketupat ni.




BAHAN NYA

2 cawan beras pulut dan di rendam dua tiga jam

1 1/2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan

Secubit garam  dan sedikit  gula


CARA NYA

1.  Masukan santan dalam periuk atau kuali yang agak besar supaya senang kita mengacau.

2.  Letakkan daun pandan, garam dan gula dan kacau sehingga mendidih.

3.  Bila mendidih masukkan pulut, kacau sehingga santan bersalut dengan pulut dan kering.

4.  Tutup api dan tudung periuk biarkan dalam 15 minit.

5.  Boleh lah di bungkus pulut dengan daun palas.

6.  Bungkus lah sehingga habis daun dan pulut dan rebus semula ketupat.

7.  Pastikan paras  air melebihi sikit paras ketupat.

8.  Rebus lah sehingga air kering dengan api yang sederhana.



BAHAN KARI
1 Kg daging campur urat sikit.
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji tomato dadu
2 cawan santan
2 sudu kerisik
sedikit minyak, garam dan gula

BAHAN TUMIS
sedikit katu manis
bunga cengkih dan lawang
buah pelaga.

CARA NYA.
1.  Panaskan minyak dan tumislah bawang merah,  putih dan halia yang telah di tumbuk, masukan bahan tumis dan kacau sehingga layu bawang nya.

2.   Masukkan rempah kari dan cili kisar yang yang telah di bancuh dengan sedikit air panas, masak sehingga pecah minyak dengan api perlahan.

3.    Masuklah daging campur tadi, kalau perlu masukkan sedikit air, part ni kena lama sikit atas api untuk melembutkan daging tu.

4.     Bila daging telah lembut boleh lah masukkan tomato dadu, garam dan gula sedikit atau ikut citarasa sendiri lah .

5.    Akhir nya masukkan kerisik dan santan dan kacau sebati, dan masak lagi sehingga kuah betul-betul pekat dengan api yang kecil.

6.    Kari daging sedia untuk dihidangkan bersama dengan ketupat palas.








ADA 2 option untuk cicah ketupat ni, anak-anak suka serunding yang di beli saja pun tapi lazatt, dan kak noor suka kari daging, jadi layan lah selera masing-masing, memang sedap layan ketupat di luar waktu perayaan ni 
JOMMM LAYAN YUK...



6 comments:

  1. Wah..mesti sedap ni Kak noor..terliur sudah ni bb tengok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan time ni mmg sedap BB terlajak larissss

      Delete
  2. Rajin tul kak noor buat ketupat...sy ni jenis keras tangan...xlepas2 nk buat ketupat daun palas

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor pun keras jugak cheqda tapi sbb dah teringin lembutkan saja lah kan hahaa

      Delete
  3. assalam Kak Noor, sedap eh nampak...ketupat ni dh lama dok dlm list.., tp nk membuatnya takde keyakinan lagi..hihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmulsam adda, tak susah sngt sebenarnya yg penting jgn bagi masuk air time rebus tu je selesai masaalah adda..

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home