Kuih Denderam Atau Coq Peneram Kata Orang Kedah Untuk Sweetie

Kuih Denderam Atau Coq Peneram Kata Orang Kedah Untuk Sweetie


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera dan selamat petang minggu untuk semua nya, di atas permintaan seorang rakan maya maka nya hari ni kaknoor buat kan kuih peneram ni walaupun sebenarnya kaknoor tak pernah buat seumur hidupku yang telah melimpasi setengah abad ni, cari punya cari punya cari terjumpa lah di blog ROSTINA geng akak diBrunei ni jugak yang menepati citarasa kami sekeluarga,untuk ROS izinkan maktok share resepi ROS kat sini yaa...







Bahan2:
500g tepung beras (1 peket blended rice flour)
500g gula merah
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan (sekiranya ada)

Cara membuat :
1. Masak gula merah bersama air sehingga mendidih dan tapis. 
2. Tuangkan sedikit demi sedikit air gula yang masih panas ke dalam tepung beras yang sudah tersedia di dalam bekas. 
3. Kacau dengan senduk sehingga rata. Sekiranya adunan tersebut kelihatan lembik boleh tambah tepung beras sedikit, jangan banyak sangat. Tetapi selalunya saya tidak tuang semua air gula ke dalam tepung. Bergantung kepada keadaan adunan. 
4. Simpan semalaman sebelum digoreng. Lagi lama disimpan lagi sedap hasilnya kerana tepung beras sudah sebati dengan air gula. Tak perlu disimpan dalam peti sejuk. Saya pernah biarkan sampai 3 hari.....wow!!! Hasilnya lagi sedap.
5. Sebelum kita mula menggoreng, adunan tadi haruslah diuli dahulu bersama sedikit air (untuk melembutkannya). 
6. Kemudian diambil sedikit-sedikit lalu dibulatkan seperti guli. Tekan dengan jari untuk mendapatkan bentuk yang bulat dan leper. 
7. Bentukkan mengikut kreativiti masing2 (mommy bulatkan dengan guna chopstick). 
8. Sebaik saja dibentuk terus goreng dalam minyak panas sehingga garing (guna api sederhana panas & goreng jangan terlalu lama). 
9. Angkat & toskan minyaknya. 




Pada SWEETIE yang mengorder kuih ni nampaknya kaknoor dan pak haji je yang terpaksa menghabiskan sebab anak-anak tak gemor sangat, itu lah sebab nya mama nya tak rajin buat, tapi oklah sekurang-kurangnya kaknoor dah buat kuih ni menambah koleksi kuih ku hahahha

Nak ajak makan pun jauh sangat tengok aje lah ya...


Pada yang suka memang sedap lah kuih ni, kalau mula goreng dia akan ranggup di luar, dan lembut didalam, terpulang selera masing-masing nak sentiasa crispy kena selalu panaskan masukkan oven je,dia akan ranggup lah di luar tu, bagi kaknoor dua-dua pun suka ranggup ke lembut ke, kit ayang buat kan mesti kena suka lah hahahaa....

25 comments:

  1. kuih denderam ni macam kuih penyaram di sini..tapi penyaram tiada lubang ditengah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul BB orang Brunei suka jua buat kueh yg macam BB sebut tu tapi kaknoor pun tak pernah buat jua

      Delete
  2. Orang tua saya pun suka sangat kuih ini kak, kt utara banyak orang jual yg sedap, mmg selalu beli bila nak blik kampung, lain kali boleh cuba buat sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kuih orang tua2 ni nasa, sama lah akak selalu beli je kat pekan rabu bila balik kampong mmg fav the oldiest ni kan hahaa

      Delete
  3. Kuih peberet saya ni kak noor. Penah buat skali je tp x jadi... lepas tu buat kat kedai la sokmo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheqsu, kaknoor pun 3x goreng baru jadi gini, first goreng hancur sbb lama sngt dlm kuali, dok fikir cemana nk goreng, kali ke3 goreng alhamdulillah kena try and error baru jadi, tpai kalau nak cepat kat kedai lah haha

      Delete
  4. favorite husb cheq ni knoor, tu yg gagah buat. tapi dah dekat2 nak blk kedah ni xmau dah la buat (heheh, pakat beli kat pasaq ja la).

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kedah cinta habis dgn kueh ni Ros, kalau balik kedah mmg tak buat di pekan rabu belambak haha beli ja disini yg dok teringin sngt nak makan

      Delete
  5. Assalam
    kak noor, sukanya cur penderam ni
    kita panggil telinga keling hehee
    raya baru dpt mkn bila kakak bw blk

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmulsam nuri, oh panggil telinga keling ke, ayoyo tapi tkpe lah asalkan sedap keling pun keling lah ya hahaa

      Delete
  6. kegemaran anak saya ni kak Noor. kekadang kat pasar malam ada dijual panas baru keluar dari kuali. tengok depa terap ngan acuan bulat. makan panas2 memang sedap. boleh la try dengan resepi yang kak Noor share ni, jazakillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap sedap kalau yg panas baru goreng tu ssebab ranggup, yg berjual tu dah lama kecuali yg jual on the spot tu mmg ranggup lah, sama2 Naq

      Delete
  7. Replies
    1. fav ceq jugak ka shiela, orang utara mmg suka sngt ni coq peneram ni lagi hitam lagi besttt kan kan

      Delete
  8. Terima kasih kak Noor... akan di cuba buat nanti. Walaupun katanya kuih org2 tua dan kampong, tengok berapa ramai yang suka kuih ni... Si abang mmg feveret sungguh kuih ni... masa dia balik M'sia dua bulan lepas kami merayau sampai pekan rabu semata-mata nak cari kuih ni. Banyak juga dibelinya.

    Sory lambat 'dtg ambik' kuih ni... dua hari saya berulang alik ke hospital...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik di alam maya Sweetie lambat ambik pun tak basi, kalau benaran mau cherry berry maktok makan sorang2 hahaa, mmg banyak kt pekan rabu sweetie lebih hitam rasa nya kan kaknoor takut nak goreng lelama takut hitam hahahaa, ke hospital kenaapa pulak ni??

      Delete
  9. aduhai kak nor..kenapalah blog ni mengoda nafsu makan yan..tak pasal2 suruh encik somi beli tepung beras..doakan yan berjaya buat tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo dah tergoda ke ni Yan, tkpe senang je pun lagi perap lama lagi best tau, pertama kali buat mmg agak frust lah tapi kalau masa goreng dia macam keras je, api jgn kuat sngt dan goreng tk boleh lama tau..

      Delete
  10. wooooo.... sangat rfajin kakandaku nan satu ini... kalo dah coba buat kuih peneram, alamatnya segala kuih yang lain tu memang akan menyusullah tak lama lagi he hehehhe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tua2 ni baru lah nk mencuba resepi lama2 Mie dulu2 tak sedar nak buat hahaa, insya allah masalah nya kalau buat kueh dulu2 sorang2 je makan, kalau kueh moden laju je anak2 ni beresin

      Delete
  11. sy tgh makan kuih ni kak..tgk resepi akk trs rasa nak buat....mesti buat ni..bahan2 sng sgt hehe..harap menjadi hehe

    ReplyDelete
  12. Saya dah buat dan dah 2mlm peram tp napa still xjd doh pun... Apa yg xkena eak?? Lau xjd doh xdpt nk uli ler?!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.
    Resepi memang kena guna blended rice flour ye?and xguna gula pasir lgsg lah ye?thats why denderam saya takjadi..huwaaa😭😭😭😭 nak test resepi ats plak..moga2 jadi dan xmkn denderam batu lagi la..btw tq for shared...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home