Mini Corn Sosejku Sedap & Ranggup

Mini Corn Sosejku Sedap & Ranggup



ASSALAMUALAIKUM dan salam bahagia untuk semua nya, semoga sihat sejahtera hendaknya disamping apa jua tugasan ya, bagi surirumah memang tugasan tak payah nak cakap lah, hari pagi merangkap ke petang dan malam tak pernah habis, tapi tugasan memasak wajib di sempurnakan walaupun sesibuk mana, anak-anak dan suami dan terbiasa tak suka tapau atau makan makanan dari luar jadinya hari-hari dapur memang ON JE NO HOLIDAY HAHA...

Resepi mudah lagi untuk hari ni di olah dari sosej, yang disalut dengan sedikit bahan-bahan dan di goreng, memang terangkat sangat...





BAHAN NYA
6 sosej di potong dua
12 batang lollipop sticks
minyak untuk menggoreng

BAHAN BATTER
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan cornmeal
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil baking powder
1/2 ke 3/4 cawan susu segar
garam dan lada sulah untuk perasa

1. Panaskan minyak yang agak banyak didalam kuali.
2. Campurkan semua bahan batter, seeloknya bahan batter masukkan dalam gelas panjang supaya senang nak celupkan sosej ni.
3. Celupkan sosej dalam batter dan gorenglah sehingga kekuningan 2-3 minit dan cucukkan dengan lollipop sticks.
4. Buatlah sehingga habis sosej sedap dimakan begitu saja atau dicicah sos atau dimakan dengan nasi.




MESTI cuba tau pada yang baca resepi sebab senang je tapi di jamin sedap di sukai ramai tambahan ada sticks tu memang mudah nak makan.


5 comments:

  1. Ini kalau buat masa majlis anak-anak mesti jadi tumpuan ni Kak Noor.
    Kakak dah ingat bahan resepinya, kalau lupa masuk sini balik:)

    ReplyDelete
  2. betul kakzakie utk majlis anak2 mmg laris ni, hatta utk mak mak bonda pun suka jugak ni

    ReplyDelete
  3. Sedap nmpknya kak noor...pandai tul kak noor olah mengolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap cheqda, bukan olahan kaknoor pun tapi kaknoor copy resepi dlm printerest heheee resepi omputih

      Delete
  4. klu nk resepi singgh blog akk jew..byk yg best2

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home